PERHATIAN


Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.


Ahad, 13 Oktober 2013

Set Penjagaan Rambut / Hair Care - Pro Sante Shaklee



Set penjagaan rambut Shaklee yang dikenali sebagai ProSante adalah bebas kimia, dan selamat untuk digunakan dirumus khas dengan bahan semulajadi..


Long Lasting Finishing Spray 
"Medium hold" memastikan gaya rambut tidak berubah
Memberikan perlindungan UV
Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut.

Revitalizing Shampoo
Humektan bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya.

Purifying Shampoo
Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur.

Replenishing Conditioner
Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi

Lightweight Conditioner
Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat,sihat
Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus 

Nourishing Scalp Treatment 
Nourishing Scalp Treatment menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala. Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya.Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak
Perbezaan Shaklee
ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.


Keperluan adalah mengikut jenis dan masalah rambut anda seperti berikut:

Bagi mereka yang mengalami masalah keguguran rambut anda boleh gunakan set berikut:
1.Revitalizing Shampoo 
2.Lightweight Conditioner 
3.Nourishing Scalp Treatment 
(note : set ni boleh digunakan secara harian)


Bagi mereka yang mengalami masalah rambut berkelemumur(juga boleh untuk rambut gugur, rambut bercabang, rambut rosak dan berminyak) anda boleh gunakan set berikut:
1.Purifying Shampoo 
2.Replenishing Conditioner 
3.Nourishing Scalp Treatment 
(note : set ni utk kegunaan 1-2x seminggu..bukan harian)

Suburkan Rambut Anda!
Kulit kepala yang sihat adalah asas kepada rambut yang sihat. Itulah sebabnya kenapa setiap produk ProSanté mengandungi Scalp Health Complex, iaitu gabungan 10 vitamin, mineral dan herba bagi menyediakan persekitaran optimum untuk rambut yang sihat, lebat dan menawan. Shaklee memilih bahan-bahan seperti:

Ekstrak swertia dan halia untuk merangsang peredaran darah dan membekalkan tenaga untuk folikel rambut;
Mineral kulit yang penting seperti kuprum, zink, mangan serta vitamin A dan E untuk membantu metabolisme kulit kepala yang sihat; dan
Minyak daun pokok teh serta esktrak teh hijau untuk menentang kerosakan akibat radikal bebas dan faktor-faktor persekitaran lain.
Dan juga tidak akan menemui sebarang bahan kimia kuat yang boleh merosakkan rambut dan juga kulit kepala anda dalam rangkaian penjagaan produk ProSanté.



==========================================




Jumaat, 11 Oktober 2013

KELEBIHAN KOLEGEN SHAKLEE...

Hari ni nak berkongsi dengan anda tetang Kelebihan Collagen Powder Shaklee. Saya melihat kolagen merupakan salah satu perkara yang perlu dititikberatkan baik oleh golongan lelaki mahupun golongan wanita terutamanya yang telah bekerjaya dan sering terlihat tua dari umur sebenar.

Tak sedap juga telinga apabila mendengar orang tersalah congak umur kita kan atau ada pula terlajak lidah 'melawak' tentang tekstur kulit kita yang semakin jelas tidak sekata tonanya?! Yang penting bukanlah kecantikan itu sangat tetapi kebahagiaan diri lebih utama.

Secara fitrahnya, kita semua telah mempunyai kolagen semulajadi yang dicipta oleh Allah dalam tubuh kita sejak dari lahir lagi. Namun demikian, setiap hari kita mengalami fenomena kehilangan kolagen ini dalam tubuh tanpa kita sedari akibat dari aktiviti harian yang kita kerjakan.


Secara ringkasnya, kolagen adalah sejenis protein utama bg tisu sokongan dalam badan kita...untuk keanjalan dan kekenyalan kulit. Ia merangkumi lebih kurang 30% daripada keseluruhan protin dalam badan. Atau lebih khusus lagi ia menyokong kekuatan, kekenyalan dan keanjalan kulit.. haa yang anjal, lembut mmg semua orang suka..Sebab tu sekarang ni merata2 jenama ada jual kolagen. haishh.. mcm2...semua orang nak beli kolagen. Ikutla yer duit masing2, muka masing..Buat pilihan bijak yer.. jangan main beli sebarang sahaja...  hihi.Antara sumber kolagen terbaik ialah kolagen bersumber ikan laut dalam. Kerana kolagen bersumber ikan strukturnya yang mirip dengan kolagen manusia dan molekulnya lebih kecil mudah diserap oleh tubuh manusia dan sebab ia tahan lasak..

Okey.. berbalik pada jenama kolagen pilihan hati saya adalah Shaklee Collagen Powder..  Ia dah pun hampir 11bulan dipasarkan di pasaran Malaysia. Saya memilih SCP sebab ia bersumberkan sisik ikan merah (4000mg), size kolagennya yang sangattt kecil iaitu 1000dalton (utk penyerapan unggul dan efek yg segera), dilengkapi dgn klinikal studi, dan yg bestnya ia diperbuat dari 7 ramuan khas..memang perfect.. Berikut secara ringkas fungsi2 stiap ramuan tersebut:

Kolagen ikan: Memberikan kesan elastin, mengekalkan kulit lebih anjal
Ekstrak kulit kerangan: mengandungi glukosamina sbg pelincir sendi, menghidrat mata, & melegakan ketidakselesaan mata
Lactobacillus acidophilus: Meningkatkan penyerapan kolagen
Ekstrak biji Camellia Japonica: Mengandungi acid oleik dan isoflavon. Membekalkan nutrisi dan penghidratan
Ekstrak Pfaffia: Merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon, dan meningkatkan tenaga batin. Meningkatkan prestasi dan tenaga,
Vitamin C: Menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas.
Vitamin B2,B6: membekalkan tenaga penting dalam proses pengeluaran kolagen didalam sel tubuh.
Pendek kata, ia pilihan tepat bagi saya kerana Shaklee Collagen POwder memberikan keanjalan, penghidratan dan antioksidan...

Info tambahan:Tahukah anda SCP dilengkapi dgn asid hidraulik utk mengekalkan kelembapan kulit. 1 gram asid ini boleh menahan sebanyak 6 Liter air. menarik bukan...sesuai utk saya yg tak dpt nak telah bergelen2 air sehari..hihi.. Kalau sape2 nak rasa kulit lembap sentiasa.. amalkan masker kolagen dan minum segelas sehari.. kesan yg sangat cepat.. mmg menakjubkan



Saya sangat teruja cerita pasal kolagen ni sbb bulan May tahun ni,usia saya genap 33tahun. Semua orang pun tahu, semakin tua kita semakin berkurangan kolagen dlm  badan..kan kan...  (Info:Penghasilan kolagen berkurangan dgn kadar 1.5% setiap tahun selepas usia 25tahun. Tapi kita hanya akan sedar akan kekurangan kolagen selepas 10tahun).  Jadi kalau usia kita 25-30an mungkin takkan perasan akan kekurangan kolagen dlm badan.. Jadi ni saya cerita tentang diri saya sendiri..saya taknak menyesal di kemudian hari..Dah hampir 11bulan saya setia mkn kolagen ni cuma kadang ada yg terskip....cuma kalau saya nak kesan lebih best utk 5-10tahun akan datang , jawabnya kenalah disiplin dari sekarang...saya tak paksa anda atau pun suruh anda beli.. . kalau nak ikut jom silakan.. Saya dah pun buat pilihan bijak.. anda bila lagi?..... better late than never..hihi

Akhir kata saya pilih kolagen dari jenama Shaklee bukanlah sebab saya ni distributor Shaklee tapi sbb mmg dah terbukti best dari segi kualiti, kesan yg segera seawal 1-2hari (ni ikut badan masing2 ye sbb kalau ikut klinikal study, kesan yg mengujakan adalah seawal 8 minggu) .. kalau tak best takkan lah customer2 semua repeat order berkotak2..dan ada sahaja hari2 feedback dan testimoni yg mengujakan dari mereka..Well the product speak itself lah kannn..hihi..
Okeyla.. sambung lagi cerita di lain entry....tepu dah cerita kolagen harini..

Isnin, 9 September 2013

PERSOALAN :KERANA SHAKLEE KAMI MENOLAK SUNNAH.??


Assalamualaikum kepada semua. 

Hari ni just nak berkongsi persoalan yang sering bermain di dalam pemikiran para pengguna produk kesihatan Shaklee. Disertakan di bawah ini contoh soalan yang saya terima dari individu tertentu yang saya sembunyikan identitinya. Sebenarnya, ini juga merupakan salah satu soalan yang sering ditanya oleh pengedar Shaklee kepada saya kerana mereka sendiri tiada jawapan apabila ditanya oleh customer mereka mereka yang budiman.


 SOALANNYA
Salam puan. Saya terjumpa blog puan bila cari-cari tentang Shaklee sebagai MLM yang patuh syariah. Terima kasih atas perkongsian.

Sebelum ni pun saya dah baca-baca (termasuk garis panduan MLM daripada Ustaz Zaharuddin & JAKIM). cuma nak yakinkan lagi... sekarang dah tak ragu-ragu lagi pasal tu. Saya pun sebenarnya pengguna Shaklee, cuma baru jer terbuka hati untuk turut berbisnes.

Saya cuma nak tanya, apa pendapat puan, bila kita jual Shaklee seolah-seolah tak sokong ekonomi orang Islam/ bumiputra. yer la, sebab Shaklee produk US.

Satu lagi, penjual-penjual Shaklee ni dilihat macam tak sokong/tak amal makanan-makanan sunnah (kurma, madu, habatussauda dsb) & lebih menyokong produk US. Itu saja. Terima kasih.


JAWAPANNYA

1. Pertama sekali, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog yang serba ringkas dan kekurangan  ini dan syukur alhamdulillah kerana tuan/puan dapat menghilangkan keraguan dengan bacaan daripada blog saya ini. Terima kasih sekali lagi.

2. Yang kedua, saya bukanlah jurucakap yang dilantik oleh Shaklee di Malaysia ini. Jadi jawapan saya adalah secara general sahaja mengikut pengetahuan dan bidang yang saya pelajari itu sahaja. Untuk jawapan yang dilengkapi data, sila emel atau hubungi Shaklee untuk mendapat jawapan yang pasti dari pihak syarikat.

3. Sebenarnya ini bukanlah soalan yang sukar untuk dijawab, tetapi kerana sifat kebanyakan dari orang Melayu yang berfikiran negatif, bersikap layu dan mempunyai penyakit dengki yang tak dapat diubati, maka soalan begini menjadi isu besar kebanyakan daripada kita. Jika tidak percaya, tanyalah usahawan-usahawan Melayu, ada tak sesiapa yang cuba menjatuhkan perniagaan mereka? Jika ada, siapakah mereka? Jangan terkejut jika jawapannya adalah ‘Melayu’ sendiri. Kedengkian orang Melayu sukar sekali dikawal. TAPI soalan di atas adalah dikecualikan kerana saya yakin persoalan ini ditanya semata-mata untuk menolak persangkaan orang ramai terhadap produk Shaklee yang hebat ini.

4. Suka untuk saya bertanya kembali, siapakah yang mengatakan bahawa para pengedar Shaklee dan penggunanya ‘menolak’ makanan sunnah seumpama madu, habbatus sauda’ dan sebagainya? Saya juga ingin mengetahui sekiranya ada pengedar Shaklee yang memberi konsaltasi agar menghentikan penggunaan makanan sunnah dan hanya menumpukan penggunaan produk Shaklee kerana tidak ada seorang pun yang diajar untuk memberi konsultasi seumpama itu.


5. Untuk pengetahuan semua, para pengedar Shaklee sering berkongsi di dalam blog dan FB mereka tentang resepi-resepi Shaklee dengan menggabungkannya dengan makanan sunnah di atas. Tak perlu susah payah membelek, hanya rajinkan jari-jari anda menaip di browser anda tentu anda akan berjumpa dengan pelbagai resepi ‘rahsia’ Shaklee. Hatta saya sendiri menggunakan resepi ESP yang ditambah madu untuk mendapat kesihatan optimum. Ibu kepada kawan saya mencampurkan habbatus sauda’ dengan minumn ESP dengan harapan anaknya cemerlang dalam pembelajarannya. Alhamdulillah, sekarang sudah 2 bulan berlalu dan anaknya kini semakin cemerlang dalam setiap subjek yang dipelajarinya.


6. Adakah dengan menggunakan Shaklee bermaksud kita MENOLAK makanan sunnah? Jika jawapannya ya, maka semua ubatan kesihatan patut kita minta kerajaan mansuhkan di hospital kerana ubat kimia hospital adalah jauh lebih ‘haram’ hukumnya digunakan. Bahan kimia di dalam ubat hospital jauh memberi kesan yang tidak baik kepada badan jika nak dibandingkan supplement Shaklee yang juga seperti makanan sunnah yang berasal dari sumber alam semulajadi.

7. Bukankah al-Quran sendiri menyatakan,”Makanlah makanan yang halal lagi baik”. Jika kita mempelajari ilmu Islam khususnya ilmu hadis dan al-Quran, nescaya kita dapat fahami bahawa hadis adalah pentafsir kepada al-Quran. Dalam kes ini hadis menyatakan dengan jelas makanan-makanan sunnah itu sebagai contoh kepada makanan yang baik dan halal itu. Maka, apa sahaja yang baik dan halal, nescaya hukumnya adalah harus dari segi syarak. 

8. Adakah jika menggunakan produk Shaklee bermaksud kita menyokong Amerika?! Tergelak juga saya membaca soalan ini. Sebabnya bukankah persekitaran kita sekarang hampir keseluruhannya menggunakan produk keluaran Amerika dan sekutu-sekutunya bermula dari pakaian, makanan, ubatan klinik dan hospital, perhiasan rumah dan sebagainya. Adakah salah kita menggunakannya? Kita perlu faham bahawa isu yang sebenarnya adalah adakah kita menyumbang kepada Amerika dalam menggunakan kuasanya untuk memerangi Islam? Dalam makluman saya, Shaklee langsung tidak tersenarai sebagai syarikat yang memberi sumbangan secara langsung atau tidak langsung dalam membantu Amerika dan sekutunya untuk memusnahkan negara-negara Islam tidak seperti Mc Donald yang ramai sekali orang Melayu ‘bersantap’ di dalamnya dan syarikat minuman Coca cola yang ramai juga Melayu menggunakannya. Ringkasnya, jangan berlaku tidak adil terhadap sesuatu yang jelas. Yang jelas memberi bantuan untuk membunuh umat Islam, tidak seorang pun berani bangun bersuara, tetapi bagi yang tidak memberi bantuan secara jelas, banyak pula gosip liar melingkunginya.

9. Jika anda ingin menyokong ekonomi orang Melayu, memang inilah jalannya. Shaklee telah meletakkan garis perniagaan yang jelas dan sangat menguntungkan dengan modal serendah RM 75 sahaja dan ada pula free membership jika memenuhi syarat tertentu. Tidak perlu simpan barang dan sebagainya. Paling penting, bisnesnya adalah buat jangka masa panjang kerana bidang kesihatan berkaitan manusia. Ada manusia, adalah pasarannya. Saya juga merasakan tiada lagi produk kesihatan yang dibuat oleh bumiputera yang dapat menyaingi produk Shaklee dari segi keberkesanannya dan ujian klinikal yang telah diuji beratus tahun lamanya. Jika ada yang seumpama itu, saya juga berminat untuk mengetahuinya.

10. Jangan menyusahkan diri sendiri. Rasullah SAW bersabda di dalam hadisnya yang mulia,”Islam itu mudah. Jangan dipersempitkan dan jangan pula menakutkan orang ramai daripadanya”. Bukankah Islam itu mudah dan tidak menyusahkan umatnya dengan peraturan-peraturan yang tidak sepatutnya? Mengapa pula kita menyusahkan diri kita dengan perkara yang tidak sepatutnya? 

Semoga penjelasan ini melesaikan pelbagai persoalan yang menyesakkan pemikiran anda sama ada sebagai pengedar atau pun pengguna Shaklee. Sekian.




Jumaat, 23 Ogos 2013

Khasiat Vitamin E

Khasiat Vitamin E

Sekilas Fakta: Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Berdasarkan kajian,vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit. Ianya larut lemak yang disimpan di dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah dan otot.Namun, yang menariknya vitamin E ini ialah, 60-70% darinya akan disingkirkan dari tubuh setiap hari (tidak semua disimpan dalam badan) dan ia tidak menjadi toksik seperti vitamin A.Vitamin E dikira dalam unit IU (international units) yakni 1 IU bersamaan 1mg. Vitamin E terdiri dari 8 komponen dalam 2 kelas utama : tocopherols dan tocotrinols yang terdiri dari komponen2, alpha, beta, gamma dan delta. Vitamin E yang lengkap sepatutnya mengandungi kesemua 8 komponen tersebut. Alpha tocopherols adalah komponen yang paling aktif, malah IU dikira berdasarla alpha-tocopherols.

Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.

Khasiat Vitamin E :
· Menjadikan anda nampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
Memperbaiki peredaran darah,utk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic payudara
· Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
· Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
· Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.
· Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.

· Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
· Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
· Merendahkan kadar kolesterol.
· Membantu mencegah kanser.
· Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
· Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous memerlukan vitamin E.

Sumber makanan Vitamin E: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum'


Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan: Mudah radang,penuaan kulit sebelum masa,rambut gugur,anemia


Kebaikan vitamin E buat pasangan suami isteri

Kebaikan vitamin E buat pasangan suami isteri

Baru2 ni ada pelangan tanya saya kenapa vitamin E dipanggil vitamin cinta. Saya mintak dia baca dan google..... Dan dibawah ni hasil dari apa yg beliau baca.. Ia menarik.. especially utk bakal2 individu yg nak berkahwin atau utk pasangan suami isteri.. Bagaimana vitamin E dikatakan membantu menghangatkan hubungan suami isteri?..Jom kita baca
____________________________________________


Kebanyakan lelaki yang mengambil  Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dan menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengambilnya.Manakala wanita pula yang mengambil sekurang-kurang nya selama tiga bulan, akan membantu meningkatkan “sexual desires dan menikmati hubungan CINTA dengan lebih baik.

Antioksidan yang seimbang dalam Vitamin E bertindak menghalang penghasilan radikal bebas akibat tekananNitrik oksida membantu pelancaran darah di alat sulit lelaki dan membantu ereksi yang lebih baik. Maka Vitamin E  memang terbukti membantu lelaki terutama yang mengalami tekanan akibat kerja atau masalah kesihatan.


Pengambila Vitamin E  berdosage tinggi iaitu 600-800 IU setiap hari membantu badan wanita menghasilkan estrol dan progesterone untuk mengimbangi lebihan estrogen dalam badan. Kondisi di mana “estrogen berlebihan” akan menyebabkan symptom PMS, seperti risau, kembung perut, sakit kepala, sengugut dan “mood swings”, yang sememangnya akan menganggu keadaan diri seorang wanita.
___________________________________________________
*Sumber: jom kita tengok apa kata mereka.. info sharing..
Hmm.. Dan tahukah anda.. di samping berikan pada suami tersayang.. anda juga kena mkn vitamin E ni.. Kenapa?Kerana pengambilan vitamin E dikatakan membantu wajah kita kelihatan muda. Ini kerana vitamin E melambatkan proses penuaan

Tapi ada byk vitamin E di pasaran.. nak beli yg mana satu?
Ambillah vitamin E yang asli ,cuba cek labelnya pada botol - alpha tocopherol dan pastikan vitamin E itu beserta sekali unsur selenium agar penyerapan berlaku dengan lebih baik.

Apa lagi khasiat Vitamin E?

Jika anda konsisten dengan Vitamin E yg berkualiti. anda akan lihat kedutan pada bawah mata atau tepi mata beransur hilang....Selain bagus untuk kulit ia membantu kawal kolestrol , merendahkan triglycerides, bagus untuk saraf, mengecilkan pori-pori pada wajah, jika diambil suami isteri mengeratkan keintiman, bantu atasi kulit kering, berkudis, dan banyak lagi sebenarnya.. dan tahukan anda ia dpt mencerahkan warna kawasan sekita aerola..
____________________________________________________________
Vitamin E berkualiti pilihan saya adalah vitamin E dari jenama shaklee. Kenapa?
Kerana Shaklee mempunyai vitamin E yang mengandungi keperluan lengkap oleh tubuh iaitu 400iu. Ianya vitamin asli dan beserta unsur selenium*

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Khamis, 22 Ogos 2013

IKAN DAN AWEK MUDA

IKAN DAN AWEK MUDA..

Ikan Salmon - selain dikenal sebagai makanan bagi otak juga memiliki khasiat sebagai makanan untuk menjaga kulit sihat. Ikan salmon juga dapat mengawal kesan penuaan pada kulit dan memeliharan penampilan kulit tetap sihat. Selain kaya dengan omega, salmon juga mengandungi protein tinggi dan coenzim Q-10 iaitu antioksidan.

Ikan Haruan - Mempunyai asid amino dan lemak yang dapat menyembuhkan luka dalam serta amat baik untuk mengubati penyakit gastrik. Ikan haruan juga mengandungi sejumlah besar vitamin A yang dapat membantu menambah daya penglihatan, melembabkan kulit dan bertindak sebagai antioksidan yang melambatkan proses penuaan. Lendir ikan haruan mengandungi asid olelik dan linolik tidak tepu iaitu komponen utama lipid sepenuhnya. Menariknya, ikan haruan turut mengandungi kolagen tinggi bagi mencantikkan kulit

Ikan Tongkol - Selain enak dimakan, ikan tongkol juga mengandungi khasiat yang cukup khusus iaitu merangsang pertumbuhan sel-sel darah merah dan menghambat proses penuaan. Jika ingin awet muda, disarankan makan daging ikan tongkol. Jika dimakan secara rutin, minimum tiga kali dalam seminggu sebagai menu utama, ia dikatakan dapat membantu mencegah beberapa penyakit seperti rheumatisme dan anemia dan juga mampu menghindarkan kulit kusam


menarik bukan?

KASUT TINGGI SIHAT ATAU MUDHARAT..

KASUT TINGGI SIHAT ATAU MUDHARAT...


Berpenampilan menarik dengan pakaian cantik, beg tangan mahal, solekan di wajah dan berkasut tumit tinggi.

Sebahagian wanita berpendapat, dengan menyarungkan kasut tinggi memberi lebih keyakinan terhadap diri. Apatah lagi pekerjaan yang memerlukan mereka bertemu orang ramai.

Ada juga yang menganggap memakai kasut tumit tinggi akan membuatkan diri mereka kelihatan seksi, malah tidak kurang juga yang mengatakan memakai kasut tumit tinggi membuatkan mereka lebih menawan serta anggun.


Meskipun pelbagai andaian dilontarkan, namun ada segelintir wanita yang tidak tahu kesan negatif pemakaian kasut tumit tinggi terhadap diri mereka terutama membabitkan tulang.

Selain kecenderungan yang tinggi untuk terseliuh di bahagian buku lali, pelbagai masalah disebabkan kasut bertumit tinggi seperti radang saraf dan ligamen, sakit pada belakang buku lali, otot betis memendek dan sakit belakang yang kronik.

Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit tiga inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki.

Perunding Ortopedik Hospital Pantai Cheras, Dr Khairul Faizi Mohammad, berkata, wanita sebaiknya digalakkan memakai kasut bertapak rata (flat) berbanding memakai kasut bertumit tinggi.

“Jika wanita mahu juga memakai kasut tumit tinggi, dinasihatkan tidak lebih daripada dua sentimeter atau kurang. Pemakaian kasut tumit tinggi yang melampau boleh menyebabkan tulang pinggul, tulang belakang dan lutut menjadi bengkok.


“Pemakaian kasut tumit tinggi yang berterusan juga dapat meningkatkan risiko radang pada ibu jari, kerosakan tulang tapak kaki selain menyebabkan kaki merosot ke bahagian depan kasut kerana beban tertumpu pada jari kaki,” katanya ketika ditemui di hospital itu baru-baru ini.

Menurutnya, semakin berusia seseorang wanita, saiz serta tapak kaki juga semakin lebar disebabkan lemak semakin tipis. Selain itu, pemakaian kasut tumit tinggi turut mendorong peredaran darah tidak lancar.

“Bayangkan, waktu kerja saja memakan masa lapan jam atau lebih sehari. Kaki terpaksa bekerja keras untuk berjalan tanpa henti ditambah menampung berat badan si pemakai.


“Kita faham ramai wanita hari ini yang berkerjaya dan mementingkan imej. Tapi perlu diingat juga aspek kesihatan. Jika kerja bagus tapi kaki sudah sakit tiada guna juga,” katanya.

Tambahnya, pemilihan saiz kasut yang tepat juga penting bagi mengelakkan memberi tekanan terhadap kaki. Selain bahagian kaki, masalah serius yang dihidapi oleh si pemakai kasut bertumit tinggi yang tegar ialah sakit bahagian tulang belakang. Pemakaian kasut tumit tinggi akan menyebabkan pinggul condong ke depan dan menambahkan lengkungan pada tulang belakang.

“Bentuk kasut lelaki dan perempuan adalah berbeza. Lelaki lebar di bahagian hadapan manakala wanita pula kecil dan lebih tirus di bahagian sama. Keadaan itu akan menyebabkan jari kaki bengkok (claw hammer) dan ia akan kekal.


Memakai kasut tumit tinggi juga boleh mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasa osteoporosis.

Beliau turut menjelaskan, jika seseorang wanita mahu memakai kasut tinggi, sebaiknya hanya pakai untuk tempoh beberapa jam saja dan untuk majlis tertentu.

“Lumrah wanita yang mahu sentiasa kelihatan cantik dan anggun setiap masa. Namun jangan pula hingga membawa padah pada diri sendiri. Sarungkan kasut tumit tinggi anda untuk majlis tertentu seperti makan malam atau korporat.

“Untuk tujuan kerja, adalah dinasihatkan supaya memakai kasut yang bertapak rata. Jangan memberi tekanan kepada kaki anda kerana ia akan digunakan untuk tempoh lama,” katanya.


Bahaya kasut tumit tinggi
  • Kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.
  • Neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.
  • Pergelangan kaki mudah terseliuh. 
  • Sukar mengimbang berat badan.
  • Kecacatan haglunds juga, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.
  • Kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asal dan menimbulkan masalah kesihatan bukan saja kepada kaki tetapi keseluruhan badan
  • Peredaran darah terganggu.
  • Tekanan pada jari menjadi lebih besar hingga menyebabkan jari kaki bengkok.
  • Kaki lebih mudah cedera terutama pada bahagian buku lali.
Sumber

*Jika anda rasa artikel ini bermanfaat dan mampu mengubah hidup rakan-rakan anda, sila klik butang LIKE di atas ye dan 'share'lah sebanyak mungkin, mungkin ada kebaikannya pada orang lain dan diri anda. "What you give, you get more back".

Isnin, 19 Ogos 2013

Kepentingan Air Untuk Kesihatan


saya sering mengingatkan pembeli2 supplemen agar sentiasa mengamalkan minum air putih yang banyakkk...minimum 2 liter sehari......kenapa???!!!.. tak sukerrr..malas nak gi toilett?perut kembung?

"ANTARA saranan asas yang sering diberikan pakar perubatan dan pemakanan ialah minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau dua liter sehari untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan.Bagaimanapun, untuk minum air sebanyak itu bukan mudah kerana ia bermakna kita kerap berulang ke tandas dan bagi sesetengah orang, terutama yang berumur, ia sungguh menyusahkan dan dianggap masalah atau gangguan.Malah, ada orang bimbang mereka mengalami masalah kesihatan tertentu jika kerap buang air kecil. Pada kebiasaannya, pundi kencing dikosongkan setiap empat jam. Jadi buang air kecil enam hingga tujuh kali sehari adalah perkara normal bagi individu sihat yang minum air secukupnya.Pundi kencing bertindak sebagai tempat menyimpan air kencing dan boleh mengembang untuk menampung sehingga 350 hingga 550 militer air kencing.Kita biasanya terasa hendak buang air kecil apabila kandungan pundi kencing lebih kurang 200 mililiter, tetapi kapasiti normal ialah sekitar 400 mililiter. Yang tidak normal ialah jika anda kerap bangun malam untuk buang air kecil.Kerap buang air kecil pada siang adalah perkara baik kerana ia proses semula jadi untuk menyingkirkan sisa toksik dan bahan buangan dari badan.

Minum air sekurang-kurangnya lima gelas sehari boleh mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45 peratus, kanser payudara (79 peratus) dan kanser pundi kencing (50 peratus).Walaupun tahu kepentingan dan manfaat air, tidak ramai sanggup berulang alik ke tandas. Mereka bukan saja minum sedikit, tetapi turut mengelak makanan yang mengandungi banyak air. Sumber air kita datang daripada minuman (47 peratus), makanan (39 peratus) dan proses metabolisme di dalam sel (14 peratus).

Menurut Pakar Air Bertauliah Persatuan Kualiti Air (WQA), Michael Long, kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah.Mengantuk selepas makan tengah hari adalah petanda penting badan kita kekurangan air. Air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Untuk menjalankan proses ini, badan mengambil air daripada sel badan (termasuk darah).Oleh kerana air membabitkan dua komponen iaitu dua molekul hidrogen dan satu molekul oksigen (H2O); apabila ia digunakan untuk proses pencernaan, bekalan oksigen ke otak berkurangan. Ini sebabnya kita berasa mengantuk, letih dan sukar menumpukan perhatian kepada kerja selepas makan.

“Air penting untuk melarutkan hasil sampingan metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. Air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan ini dari badan dengan berkesan kerana kekurangan air memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama kelamaan ia boleh menyebabkan kerosakan organ penting ini.“Air juga diperlukan untuk menjadi pelincir kepada pergerakan sendi dan kajian menunjukkan pengambilan lapan hingga 10 gelas air sehari boleh mengurangkan kesakitan sendi pada 80 peratus pesakit artritis.

“Air turut menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan; membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel di seluruh badan. Kekurangan air menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan,” Badan kita membabitkan 70 peratus air dan jika air ini bersih, sel badan jadi lebih segar dan kuat. Air bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan peluang mendapat jangkitan.

Air untuk buang lemak.Bagi individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air kosong sehari.Masalahnya ramai orang keliru antara isyarat ‘lapar’ atau ‘dahaga’. Kekeliruan ini menyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak.Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari. Masalah ini lebih ketara di kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang sensitif. Tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan.

Bagi individu yang turut mengalami kekeliruan ini, langkah terbaik ialah minum air setiap kali terasa lapar. Kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori. Jadi isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak timbul.Untuk kesan lebih cepat, pakar pemakanan menyarankan supaya minum setiap kali sebelum makan. Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ini secara tidak langsung dapat mengelak kita makan banyak.

Pun begitu, jangan sampai tidak makan kerana badan kita sangat bijak. Jika kekurangan makanan, ia merendahkan tahap metabolisme untuk menjimatkan pembakaran tenaga.Malangnya, tahap metabolisme rendah sukar ditingkatkan semula. Ia kekal bagi tempoh lama dan tidak meningkat walaupun tabiat makan kembali seperti biasa. Hasilnya, tenaga yang tidak dibakar daripada makanan disimpan sebagai lemak dan akhirnya membuat kita bertambah gemuk.Ingat, air yang perlu diambil ialah air kosong. Minuman manis mengandungi kalori kosong iaitu yang tidak diperlukan badan. Apabila disuruh minum sehingga dua liter sehari, timbul kebimbangan berlaku kesan sampingan terlalu banyak air. Ada yang mendakwa ia menyebabkan perut berasa kembung.

Long berkata, satu-satunya kesan sampingan yang dialami ialah kerap berulang ke tandas dan ia dianggap perkara baik. Secara umumnya kita tidak akan mengalami masalah ‘terlalu banyak air’ kerana badan secara automatik mengeluarkan air berlebihan.Yang lebih kerap berlaku ialah kekurangan air (dehidrasi). Ramai orang tidak sedar mereka mengalami kekurangan air yang kronik. Antara contoh kekurangan air yang kronik ialah apabila anda hanya pergi tandas satu atau dua kali sehari, berasa dahaga, kulit menjadi kering dan mengalami masalah retensi atau tegasan air.“Retensi air yang menyebabkan perut terasa kembung atau kaki nampak bengkak adalah tanda kekurangan air, bukan sebab terlalu banyak air. Kita berasa kembung kerana badan cuba mengekalkan keseimbangan garam galian. Cara untuk atasi masalah ini ialah dengan minum air secukupnya iaitu antara lapan hingga 10 gelas sehari. Anda akan dapat lihat perubahan positif secara perlahan-lahan.

“Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya dua peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.“Jadi usah risau jika anda perlu selalu ke tandas kerana ia antara cara meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak duduk ketika bekerja.“Banyak kajian menyarankan kita berhenti rehat setiap satu atau satu setengah jam. Pergi ke tandas boleh dianggap sebagai ‘rehat’ yang bukan saja baik untuk membersihkan badan, tetapi mampu meningkatkan tumpuan fikiran,” katanya.

Badan kehilangan air melalui:
Pernafasan (1 gelas air – 14 peratus)
Air kencing (5 1/2 gelas air atau 50 peratus)
Peluh ( 2 gelas air – 34 peratus)
Najis (1/2 gelas air – dua peratus)

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau kira-kira dua liter air sehari. ~Sumber : Harian Metro

Ahad, 18 Ogos 2013

Kelebihan Minum Air


Selamat malam semua....malam yang sunyi ni.....saya nak share tentang air... entry kali ni kire mcm refresher..peringatan utk diri sendiri gak ni..... kali ini nak highlight 5 sebab mengapa kita perlu byk minum air:
1. AGAR TUBUH TETAP SEJUK

Berpeluh memang berperanan dalam menjaga suhu tubuh tetap sejuk kerana itu peluh dapat menjadi pengingat untuk kita memperbanyakan minum air. Jika anda tidak cukup air untuk dikeluarkan dalam bentuk peluh, ia akan mengakibatkan menurunnya kadar darah dan sistem peredarannya juga akan mengalami masalah. Gejala yang biasa dikaitkan dengan masalah peredaran darah yang tidak betul adalah seperti pening kepala, rasa sakit atau mengalami kesukaran bernafas.

2. MENGUMPULKAN NUTRISI

Air membantu menghantarkan nutrisi melalui aliran darah ke seluruh bahagian yang diperlukan oleh tubuh. Ini kerana beberapa nutrisi adalah larut dalam air.

3. MENJAGA TUBUH TETAP BERGERAK

Jika anda kekurangan air, anda akan mengalami sembelit yang mengakibatkan susah untuk membuang air besar. Jadi, air penting untuk melancarkan gerakan kerana air bertindak sebagai 'pembantu' untuk melembutkan kotoran. Dikombinasikan dengan serat, air dapat memudahkan najis dicerna dan dikeluarkan.

4. MENJAGA KULIT TETAP HALUS

Sel kulit yang mengandungi cukup air akan menjadikan kulit sentiasa sihat dan halus. Sebaliknya ketika kekurangan air, kulit akan kelihatan letih dan dehidrasi (kering). Akhirnya, kulit anda akan kelihatan kusam dan tidak bermaya.



5. MENGHINDARI BATU KARANG

Batu karang 'tumbuh' ketika zat - zat atau komponen 'sampah' yang masuk melalui ginjal bertahan dan bergabung dengan komponen sampah yang lain. Butiran seperti 'pasir' akhirnya terbentuk. Jika butiran ini tidak dapat dibuang, lambat laun ia akan tumbuh hingga berukuran sebuah 'batu'. Kerana itu, anda perlu minum banyak air agar dapat membersihkan butiran - butiran batu tersebut.Sebahagian besar dari kita menunggu sampai merasa haus untuk minum segelas air. Hakikatnya haus adalah gejala awal dehidrasi. Tubuh kekurangan air biasanya diawali dengan tanda - tanda seperti pening, sakit kepala dan sakit - sakit badan.

....hmm..pentingkan plain water ni. tapi kalau boleh biar air yg ditapis...bab2 filter2 ni cerita lain yer...Akhir sekali…bagaimana nak pastikan sehari kita minum 2-3 liter air.. sebab ramai yg malas minum sbb tak larat nak ke toilet...taknak perut kembung..etc...takk laratttt wooo…. Rahsianya~~~~minum sedikit2 tetapi kerap….contoh yg paling simple yg anda boleh buat :
~ Minum segelas air selepas bangun daripada tidur.
~Minum segelas air sebelum masuk tidur.
~Minum 3 teguk air setiap setengah jam
~Minum 3 teguk air selepas buang air kecil atau selepas menyusukan bayi(bagi yg bfeed lah)
Dan akhirnya ..anda takkan sedar.. yang sebenarnya anda mampu minum 2liter air sehari.plain water ye.. air kaler2 ni tak kire ok.