PERHATIAN


Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.


Jumaat, 23 Ogos 2013

Khasiat Vitamin E

Khasiat Vitamin E

Sekilas Fakta: Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Berdasarkan kajian,vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit. Ianya larut lemak yang disimpan di dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah dan otot.Namun, yang menariknya vitamin E ini ialah, 60-70% darinya akan disingkirkan dari tubuh setiap hari (tidak semua disimpan dalam badan) dan ia tidak menjadi toksik seperti vitamin A.Vitamin E dikira dalam unit IU (international units) yakni 1 IU bersamaan 1mg. Vitamin E terdiri dari 8 komponen dalam 2 kelas utama : tocopherols dan tocotrinols yang terdiri dari komponen2, alpha, beta, gamma dan delta. Vitamin E yang lengkap sepatutnya mengandungi kesemua 8 komponen tersebut. Alpha tocopherols adalah komponen yang paling aktif, malah IU dikira berdasarla alpha-tocopherols.

Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.

Khasiat Vitamin E :
· Menjadikan anda nampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
Memperbaiki peredaran darah,utk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic payudara
· Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
· Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
· Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.
· Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.

· Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
· Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
· Merendahkan kadar kolesterol.
· Membantu mencegah kanser.
· Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
· Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous memerlukan vitamin E.

Sumber makanan Vitamin E: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum'


Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan: Mudah radang,penuaan kulit sebelum masa,rambut gugur,anemia


Kebaikan vitamin E buat pasangan suami isteri

Kebaikan vitamin E buat pasangan suami isteri

Baru2 ni ada pelangan tanya saya kenapa vitamin E dipanggil vitamin cinta. Saya mintak dia baca dan google..... Dan dibawah ni hasil dari apa yg beliau baca.. Ia menarik.. especially utk bakal2 individu yg nak berkahwin atau utk pasangan suami isteri.. Bagaimana vitamin E dikatakan membantu menghangatkan hubungan suami isteri?..Jom kita baca
____________________________________________


Kebanyakan lelaki yang mengambil  Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dan menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengambilnya.Manakala wanita pula yang mengambil sekurang-kurang nya selama tiga bulan, akan membantu meningkatkan “sexual desires dan menikmati hubungan CINTA dengan lebih baik.

Antioksidan yang seimbang dalam Vitamin E bertindak menghalang penghasilan radikal bebas akibat tekananNitrik oksida membantu pelancaran darah di alat sulit lelaki dan membantu ereksi yang lebih baik. Maka Vitamin E  memang terbukti membantu lelaki terutama yang mengalami tekanan akibat kerja atau masalah kesihatan.


Pengambila Vitamin E  berdosage tinggi iaitu 600-800 IU setiap hari membantu badan wanita menghasilkan estrol dan progesterone untuk mengimbangi lebihan estrogen dalam badan. Kondisi di mana “estrogen berlebihan” akan menyebabkan symptom PMS, seperti risau, kembung perut, sakit kepala, sengugut dan “mood swings”, yang sememangnya akan menganggu keadaan diri seorang wanita.
___________________________________________________
*Sumber: jom kita tengok apa kata mereka.. info sharing..
Hmm.. Dan tahukah anda.. di samping berikan pada suami tersayang.. anda juga kena mkn vitamin E ni.. Kenapa?Kerana pengambilan vitamin E dikatakan membantu wajah kita kelihatan muda. Ini kerana vitamin E melambatkan proses penuaan

Tapi ada byk vitamin E di pasaran.. nak beli yg mana satu?
Ambillah vitamin E yang asli ,cuba cek labelnya pada botol - alpha tocopherol dan pastikan vitamin E itu beserta sekali unsur selenium agar penyerapan berlaku dengan lebih baik.

Apa lagi khasiat Vitamin E?

Jika anda konsisten dengan Vitamin E yg berkualiti. anda akan lihat kedutan pada bawah mata atau tepi mata beransur hilang....Selain bagus untuk kulit ia membantu kawal kolestrol , merendahkan triglycerides, bagus untuk saraf, mengecilkan pori-pori pada wajah, jika diambil suami isteri mengeratkan keintiman, bantu atasi kulit kering, berkudis, dan banyak lagi sebenarnya.. dan tahukan anda ia dpt mencerahkan warna kawasan sekita aerola..
____________________________________________________________
Vitamin E berkualiti pilihan saya adalah vitamin E dari jenama shaklee. Kenapa?
Kerana Shaklee mempunyai vitamin E yang mengandungi keperluan lengkap oleh tubuh iaitu 400iu. Ianya vitamin asli dan beserta unsur selenium*

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Khamis, 22 Ogos 2013

IKAN DAN AWEK MUDA

IKAN DAN AWEK MUDA..

Ikan Salmon - selain dikenal sebagai makanan bagi otak juga memiliki khasiat sebagai makanan untuk menjaga kulit sihat. Ikan salmon juga dapat mengawal kesan penuaan pada kulit dan memeliharan penampilan kulit tetap sihat. Selain kaya dengan omega, salmon juga mengandungi protein tinggi dan coenzim Q-10 iaitu antioksidan.

Ikan Haruan - Mempunyai asid amino dan lemak yang dapat menyembuhkan luka dalam serta amat baik untuk mengubati penyakit gastrik. Ikan haruan juga mengandungi sejumlah besar vitamin A yang dapat membantu menambah daya penglihatan, melembabkan kulit dan bertindak sebagai antioksidan yang melambatkan proses penuaan. Lendir ikan haruan mengandungi asid olelik dan linolik tidak tepu iaitu komponen utama lipid sepenuhnya. Menariknya, ikan haruan turut mengandungi kolagen tinggi bagi mencantikkan kulit

Ikan Tongkol - Selain enak dimakan, ikan tongkol juga mengandungi khasiat yang cukup khusus iaitu merangsang pertumbuhan sel-sel darah merah dan menghambat proses penuaan. Jika ingin awet muda, disarankan makan daging ikan tongkol. Jika dimakan secara rutin, minimum tiga kali dalam seminggu sebagai menu utama, ia dikatakan dapat membantu mencegah beberapa penyakit seperti rheumatisme dan anemia dan juga mampu menghindarkan kulit kusam


menarik bukan?

KASUT TINGGI SIHAT ATAU MUDHARAT..

KASUT TINGGI SIHAT ATAU MUDHARAT...


Berpenampilan menarik dengan pakaian cantik, beg tangan mahal, solekan di wajah dan berkasut tumit tinggi.

Sebahagian wanita berpendapat, dengan menyarungkan kasut tinggi memberi lebih keyakinan terhadap diri. Apatah lagi pekerjaan yang memerlukan mereka bertemu orang ramai.

Ada juga yang menganggap memakai kasut tumit tinggi akan membuatkan diri mereka kelihatan seksi, malah tidak kurang juga yang mengatakan memakai kasut tumit tinggi membuatkan mereka lebih menawan serta anggun.


Meskipun pelbagai andaian dilontarkan, namun ada segelintir wanita yang tidak tahu kesan negatif pemakaian kasut tumit tinggi terhadap diri mereka terutama membabitkan tulang.

Selain kecenderungan yang tinggi untuk terseliuh di bahagian buku lali, pelbagai masalah disebabkan kasut bertumit tinggi seperti radang saraf dan ligamen, sakit pada belakang buku lali, otot betis memendek dan sakit belakang yang kronik.

Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit tiga inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki.

Perunding Ortopedik Hospital Pantai Cheras, Dr Khairul Faizi Mohammad, berkata, wanita sebaiknya digalakkan memakai kasut bertapak rata (flat) berbanding memakai kasut bertumit tinggi.

“Jika wanita mahu juga memakai kasut tumit tinggi, dinasihatkan tidak lebih daripada dua sentimeter atau kurang. Pemakaian kasut tumit tinggi yang melampau boleh menyebabkan tulang pinggul, tulang belakang dan lutut menjadi bengkok.


“Pemakaian kasut tumit tinggi yang berterusan juga dapat meningkatkan risiko radang pada ibu jari, kerosakan tulang tapak kaki selain menyebabkan kaki merosot ke bahagian depan kasut kerana beban tertumpu pada jari kaki,” katanya ketika ditemui di hospital itu baru-baru ini.

Menurutnya, semakin berusia seseorang wanita, saiz serta tapak kaki juga semakin lebar disebabkan lemak semakin tipis. Selain itu, pemakaian kasut tumit tinggi turut mendorong peredaran darah tidak lancar.

“Bayangkan, waktu kerja saja memakan masa lapan jam atau lebih sehari. Kaki terpaksa bekerja keras untuk berjalan tanpa henti ditambah menampung berat badan si pemakai.


“Kita faham ramai wanita hari ini yang berkerjaya dan mementingkan imej. Tapi perlu diingat juga aspek kesihatan. Jika kerja bagus tapi kaki sudah sakit tiada guna juga,” katanya.

Tambahnya, pemilihan saiz kasut yang tepat juga penting bagi mengelakkan memberi tekanan terhadap kaki. Selain bahagian kaki, masalah serius yang dihidapi oleh si pemakai kasut bertumit tinggi yang tegar ialah sakit bahagian tulang belakang. Pemakaian kasut tumit tinggi akan menyebabkan pinggul condong ke depan dan menambahkan lengkungan pada tulang belakang.

“Bentuk kasut lelaki dan perempuan adalah berbeza. Lelaki lebar di bahagian hadapan manakala wanita pula kecil dan lebih tirus di bahagian sama. Keadaan itu akan menyebabkan jari kaki bengkok (claw hammer) dan ia akan kekal.


Memakai kasut tumit tinggi juga boleh mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasa osteoporosis.

Beliau turut menjelaskan, jika seseorang wanita mahu memakai kasut tinggi, sebaiknya hanya pakai untuk tempoh beberapa jam saja dan untuk majlis tertentu.

“Lumrah wanita yang mahu sentiasa kelihatan cantik dan anggun setiap masa. Namun jangan pula hingga membawa padah pada diri sendiri. Sarungkan kasut tumit tinggi anda untuk majlis tertentu seperti makan malam atau korporat.

“Untuk tujuan kerja, adalah dinasihatkan supaya memakai kasut yang bertapak rata. Jangan memberi tekanan kepada kaki anda kerana ia akan digunakan untuk tempoh lama,” katanya.


Bahaya kasut tumit tinggi
  • Kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.
  • Neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.
  • Pergelangan kaki mudah terseliuh. 
  • Sukar mengimbang berat badan.
  • Kecacatan haglunds juga, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.
  • Kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asal dan menimbulkan masalah kesihatan bukan saja kepada kaki tetapi keseluruhan badan
  • Peredaran darah terganggu.
  • Tekanan pada jari menjadi lebih besar hingga menyebabkan jari kaki bengkok.
  • Kaki lebih mudah cedera terutama pada bahagian buku lali.
Sumber

*Jika anda rasa artikel ini bermanfaat dan mampu mengubah hidup rakan-rakan anda, sila klik butang LIKE di atas ye dan 'share'lah sebanyak mungkin, mungkin ada kebaikannya pada orang lain dan diri anda. "What you give, you get more back".

Isnin, 19 Ogos 2013

Kepentingan Air Untuk Kesihatan


saya sering mengingatkan pembeli2 supplemen agar sentiasa mengamalkan minum air putih yang banyakkk...minimum 2 liter sehari......kenapa???!!!.. tak sukerrr..malas nak gi toilett?perut kembung?

"ANTARA saranan asas yang sering diberikan pakar perubatan dan pemakanan ialah minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau dua liter sehari untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan.Bagaimanapun, untuk minum air sebanyak itu bukan mudah kerana ia bermakna kita kerap berulang ke tandas dan bagi sesetengah orang, terutama yang berumur, ia sungguh menyusahkan dan dianggap masalah atau gangguan.Malah, ada orang bimbang mereka mengalami masalah kesihatan tertentu jika kerap buang air kecil. Pada kebiasaannya, pundi kencing dikosongkan setiap empat jam. Jadi buang air kecil enam hingga tujuh kali sehari adalah perkara normal bagi individu sihat yang minum air secukupnya.Pundi kencing bertindak sebagai tempat menyimpan air kencing dan boleh mengembang untuk menampung sehingga 350 hingga 550 militer air kencing.Kita biasanya terasa hendak buang air kecil apabila kandungan pundi kencing lebih kurang 200 mililiter, tetapi kapasiti normal ialah sekitar 400 mililiter. Yang tidak normal ialah jika anda kerap bangun malam untuk buang air kecil.Kerap buang air kecil pada siang adalah perkara baik kerana ia proses semula jadi untuk menyingkirkan sisa toksik dan bahan buangan dari badan.

Minum air sekurang-kurangnya lima gelas sehari boleh mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45 peratus, kanser payudara (79 peratus) dan kanser pundi kencing (50 peratus).Walaupun tahu kepentingan dan manfaat air, tidak ramai sanggup berulang alik ke tandas. Mereka bukan saja minum sedikit, tetapi turut mengelak makanan yang mengandungi banyak air. Sumber air kita datang daripada minuman (47 peratus), makanan (39 peratus) dan proses metabolisme di dalam sel (14 peratus).

Menurut Pakar Air Bertauliah Persatuan Kualiti Air (WQA), Michael Long, kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah.Mengantuk selepas makan tengah hari adalah petanda penting badan kita kekurangan air. Air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Untuk menjalankan proses ini, badan mengambil air daripada sel badan (termasuk darah).Oleh kerana air membabitkan dua komponen iaitu dua molekul hidrogen dan satu molekul oksigen (H2O); apabila ia digunakan untuk proses pencernaan, bekalan oksigen ke otak berkurangan. Ini sebabnya kita berasa mengantuk, letih dan sukar menumpukan perhatian kepada kerja selepas makan.

“Air penting untuk melarutkan hasil sampingan metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. Air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan ini dari badan dengan berkesan kerana kekurangan air memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama kelamaan ia boleh menyebabkan kerosakan organ penting ini.“Air juga diperlukan untuk menjadi pelincir kepada pergerakan sendi dan kajian menunjukkan pengambilan lapan hingga 10 gelas air sehari boleh mengurangkan kesakitan sendi pada 80 peratus pesakit artritis.

“Air turut menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan; membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel di seluruh badan. Kekurangan air menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan,” Badan kita membabitkan 70 peratus air dan jika air ini bersih, sel badan jadi lebih segar dan kuat. Air bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan peluang mendapat jangkitan.

Air untuk buang lemak.Bagi individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air kosong sehari.Masalahnya ramai orang keliru antara isyarat ‘lapar’ atau ‘dahaga’. Kekeliruan ini menyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak.Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari. Masalah ini lebih ketara di kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang sensitif. Tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan.

Bagi individu yang turut mengalami kekeliruan ini, langkah terbaik ialah minum air setiap kali terasa lapar. Kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori. Jadi isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak timbul.Untuk kesan lebih cepat, pakar pemakanan menyarankan supaya minum setiap kali sebelum makan. Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ini secara tidak langsung dapat mengelak kita makan banyak.

Pun begitu, jangan sampai tidak makan kerana badan kita sangat bijak. Jika kekurangan makanan, ia merendahkan tahap metabolisme untuk menjimatkan pembakaran tenaga.Malangnya, tahap metabolisme rendah sukar ditingkatkan semula. Ia kekal bagi tempoh lama dan tidak meningkat walaupun tabiat makan kembali seperti biasa. Hasilnya, tenaga yang tidak dibakar daripada makanan disimpan sebagai lemak dan akhirnya membuat kita bertambah gemuk.Ingat, air yang perlu diambil ialah air kosong. Minuman manis mengandungi kalori kosong iaitu yang tidak diperlukan badan. Apabila disuruh minum sehingga dua liter sehari, timbul kebimbangan berlaku kesan sampingan terlalu banyak air. Ada yang mendakwa ia menyebabkan perut berasa kembung.

Long berkata, satu-satunya kesan sampingan yang dialami ialah kerap berulang ke tandas dan ia dianggap perkara baik. Secara umumnya kita tidak akan mengalami masalah ‘terlalu banyak air’ kerana badan secara automatik mengeluarkan air berlebihan.Yang lebih kerap berlaku ialah kekurangan air (dehidrasi). Ramai orang tidak sedar mereka mengalami kekurangan air yang kronik. Antara contoh kekurangan air yang kronik ialah apabila anda hanya pergi tandas satu atau dua kali sehari, berasa dahaga, kulit menjadi kering dan mengalami masalah retensi atau tegasan air.“Retensi air yang menyebabkan perut terasa kembung atau kaki nampak bengkak adalah tanda kekurangan air, bukan sebab terlalu banyak air. Kita berasa kembung kerana badan cuba mengekalkan keseimbangan garam galian. Cara untuk atasi masalah ini ialah dengan minum air secukupnya iaitu antara lapan hingga 10 gelas sehari. Anda akan dapat lihat perubahan positif secara perlahan-lahan.

“Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya dua peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.“Jadi usah risau jika anda perlu selalu ke tandas kerana ia antara cara meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak duduk ketika bekerja.“Banyak kajian menyarankan kita berhenti rehat setiap satu atau satu setengah jam. Pergi ke tandas boleh dianggap sebagai ‘rehat’ yang bukan saja baik untuk membersihkan badan, tetapi mampu meningkatkan tumpuan fikiran,” katanya.

Badan kehilangan air melalui:
Pernafasan (1 gelas air – 14 peratus)
Air kencing (5 1/2 gelas air atau 50 peratus)
Peluh ( 2 gelas air – 34 peratus)
Najis (1/2 gelas air – dua peratus)

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau kira-kira dua liter air sehari. ~Sumber : Harian Metro

Ahad, 18 Ogos 2013

Kelebihan Minum Air


Selamat malam semua....malam yang sunyi ni.....saya nak share tentang air... entry kali ni kire mcm refresher..peringatan utk diri sendiri gak ni..... kali ini nak highlight 5 sebab mengapa kita perlu byk minum air:
1. AGAR TUBUH TETAP SEJUK

Berpeluh memang berperanan dalam menjaga suhu tubuh tetap sejuk kerana itu peluh dapat menjadi pengingat untuk kita memperbanyakan minum air. Jika anda tidak cukup air untuk dikeluarkan dalam bentuk peluh, ia akan mengakibatkan menurunnya kadar darah dan sistem peredarannya juga akan mengalami masalah. Gejala yang biasa dikaitkan dengan masalah peredaran darah yang tidak betul adalah seperti pening kepala, rasa sakit atau mengalami kesukaran bernafas.

2. MENGUMPULKAN NUTRISI

Air membantu menghantarkan nutrisi melalui aliran darah ke seluruh bahagian yang diperlukan oleh tubuh. Ini kerana beberapa nutrisi adalah larut dalam air.

3. MENJAGA TUBUH TETAP BERGERAK

Jika anda kekurangan air, anda akan mengalami sembelit yang mengakibatkan susah untuk membuang air besar. Jadi, air penting untuk melancarkan gerakan kerana air bertindak sebagai 'pembantu' untuk melembutkan kotoran. Dikombinasikan dengan serat, air dapat memudahkan najis dicerna dan dikeluarkan.

4. MENJAGA KULIT TETAP HALUS

Sel kulit yang mengandungi cukup air akan menjadikan kulit sentiasa sihat dan halus. Sebaliknya ketika kekurangan air, kulit akan kelihatan letih dan dehidrasi (kering). Akhirnya, kulit anda akan kelihatan kusam dan tidak bermaya.



5. MENGHINDARI BATU KARANG

Batu karang 'tumbuh' ketika zat - zat atau komponen 'sampah' yang masuk melalui ginjal bertahan dan bergabung dengan komponen sampah yang lain. Butiran seperti 'pasir' akhirnya terbentuk. Jika butiran ini tidak dapat dibuang, lambat laun ia akan tumbuh hingga berukuran sebuah 'batu'. Kerana itu, anda perlu minum banyak air agar dapat membersihkan butiran - butiran batu tersebut.Sebahagian besar dari kita menunggu sampai merasa haus untuk minum segelas air. Hakikatnya haus adalah gejala awal dehidrasi. Tubuh kekurangan air biasanya diawali dengan tanda - tanda seperti pening, sakit kepala dan sakit - sakit badan.

....hmm..pentingkan plain water ni. tapi kalau boleh biar air yg ditapis...bab2 filter2 ni cerita lain yer...Akhir sekali…bagaimana nak pastikan sehari kita minum 2-3 liter air.. sebab ramai yg malas minum sbb tak larat nak ke toilet...taknak perut kembung..etc...takk laratttt wooo…. Rahsianya~~~~minum sedikit2 tetapi kerap….contoh yg paling simple yg anda boleh buat :
~ Minum segelas air selepas bangun daripada tidur.
~Minum segelas air sebelum masuk tidur.
~Minum 3 teguk air setiap setengah jam
~Minum 3 teguk air selepas buang air kecil atau selepas menyusukan bayi(bagi yg bfeed lah)
Dan akhirnya ..anda takkan sedar.. yang sebenarnya anda mampu minum 2liter air sehari.plain water ye.. air kaler2 ni tak kire ok.



Bila waktu terbaik minum air..

Bila Waktu Terbaik Minum Air

Bila waktu terbaik minum air...Minum juga punya waktu-waktu tertentu yang didapati baik untuk kesihatan badan. Jangan fikir minum boleh sebarang minum ya. Untuk mendapat kebaikan penuh daripada minuman, pastikan anda minum di waktu-waktu berikut :

· Pagi selepas bangun dari tidur.
Setiap orang akan kehilangan cairan di dalam tubuh sepanjang malam ketika kita tidur. Kehilangan air di dalam badan membuatkan badan berasa lemah longlai dan minda kita tidak cergas. Oleh itu, minumlah sekurang-kurangnya air putih di waktu pagi, betul-betul selepas kita bangun dari tidur. Tidak perlu memberus gigi terlebih dahulu. Dengan begitu, ia dapat menggelakkan anda daripada mencari minuman berkafein

· 30 minit sebelum waktu makan.
Jika anda sudah mula terasa lapar bila hampir waktu makan, ia adalah waktu terbaik untuk anda minum air. Seperti yang sering disarankan, air putih lebih baik untuk kesihatan dan ia boleh membantu mengurangkan rasa lapar. Malah, minum 350ml air sebelum tiba waktu makan atau sebelum anda mula terfikir untuk mengunyah kudap-kudapan, ataupun coklat boleh mengelakkan anda dari berbuat demikian. Jadi, selamatlah anda daripada menambahkan kalori yang berlebihan dalam tubuh anda.

· Sepanjang hari.
Satu lagi waktu terbaik untuk minum adalah sepanjang hari. Menurut kajian di Jerman, minum 1.5 liter air sejuk atau air putih (sekurang-kurangnya 240 ml air sejuk atau air putih setiap kali minum) boleh membantu anda membakar kalori berlebihan di dalam badan. Pakar juga memberitahu bahawa ia membantu meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan
__________________________________________________

*p/s: setiap 25kg berat badan anda, anda perlu minum air kosongsekurang-kurangnya 1 liter..

Shaklee CoQ Health Plus untuk kulit yang cantik berseri

Shaklee CoQ Health Plus untuk kulit yang cantik berseri

Malam ni saya nak kongsi info mengenai produk Shaklee yang terbaru iaitu CoQ Health Plus. Kelebihannya bukan sekadar untuk jantung. Ia memberikan lebih dari itu iaitu berkaitan dengan kulit cantik. Haa sebut kulit cantik semua nak baca.. semua berminat kan kan. Sebelum tu kita baca dulu apa itu CoQ10 iaitu salah satu bahan utama produk ini.

CoQ10 ialah nutrien larut lemak semulajadi yang terdapat dalam setiap sel badan. Ia bertanggungjawab menhasilkan tenaga dalam setiap sel. Ia juga merupakan antioksida semulajadi.. CoQ10 membantu menguatkan otot jantung. CoQ10 membantu mencegah  pengoksidaan kolestrol jahat dan CoQ10 juga berfungsi memastikan salur darah fleksibel untuk tekanan darah yang sihat. Dan yang lebih menarik CoQ10  juga membantu membaiki peredaran darah. Ini bermaksud ia membekalkan oksigen dan nutrisi untuk menghasilkan sel baru yang lebih muda. Dalam erti kata lain. CoQ10 membantu kulit lebih cerah dan berseri. CoQ10 juga untuk perlindungan matahari semulajadi, meningkatkan kesuburan dan meningkatkan tenaga lebih2 lagi jika anda mengalami sindrom keletihan yang kronik dan juga mampu untuk meningkatkan keupayaan mental (migrain, sakit kepala dan loya)
   


Tahap CoQ10 semulajadi dalam badan berkurang apabila kita meningkat usia. Sebab tu salah satu alternatif adalah mengambil CoQ Health Plus Shaklee. Ia mengandungi 3 bahan utama iaitu CoQ10, Vitamin E, Green Tea.  Apa yang membezakan CoQ Health Plus dengan produk lain adalah CoQ10 Shaklee adalah daripada yis ekstrak semulajadi sama seperti yang dihasilkan oleh badan. dan Oh ya.. satu lagi. Shaklee memiliki sistem penyerapan yang dipatenkan



Menarik bukan.. Jom mulakan hari dengan pengambilan CoQ Health Plus Shaklee...