PERHATIAN


Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.


Ahad, 18 Ogos 2013

Bila waktu terbaik minum air..

Bila Waktu Terbaik Minum Air

Bila waktu terbaik minum air...Minum juga punya waktu-waktu tertentu yang didapati baik untuk kesihatan badan. Jangan fikir minum boleh sebarang minum ya. Untuk mendapat kebaikan penuh daripada minuman, pastikan anda minum di waktu-waktu berikut :

· Pagi selepas bangun dari tidur.
Setiap orang akan kehilangan cairan di dalam tubuh sepanjang malam ketika kita tidur. Kehilangan air di dalam badan membuatkan badan berasa lemah longlai dan minda kita tidak cergas. Oleh itu, minumlah sekurang-kurangnya air putih di waktu pagi, betul-betul selepas kita bangun dari tidur. Tidak perlu memberus gigi terlebih dahulu. Dengan begitu, ia dapat menggelakkan anda daripada mencari minuman berkafein

· 30 minit sebelum waktu makan.
Jika anda sudah mula terasa lapar bila hampir waktu makan, ia adalah waktu terbaik untuk anda minum air. Seperti yang sering disarankan, air putih lebih baik untuk kesihatan dan ia boleh membantu mengurangkan rasa lapar. Malah, minum 350ml air sebelum tiba waktu makan atau sebelum anda mula terfikir untuk mengunyah kudap-kudapan, ataupun coklat boleh mengelakkan anda dari berbuat demikian. Jadi, selamatlah anda daripada menambahkan kalori yang berlebihan dalam tubuh anda.

· Sepanjang hari.
Satu lagi waktu terbaik untuk minum adalah sepanjang hari. Menurut kajian di Jerman, minum 1.5 liter air sejuk atau air putih (sekurang-kurangnya 240 ml air sejuk atau air putih setiap kali minum) boleh membantu anda membakar kalori berlebihan di dalam badan. Pakar juga memberitahu bahawa ia membantu meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan
__________________________________________________

*p/s: setiap 25kg berat badan anda, anda perlu minum air kosongsekurang-kurangnya 1 liter..

Shaklee CoQ Health Plus untuk kulit yang cantik berseri

Shaklee CoQ Health Plus untuk kulit yang cantik berseri

Malam ni saya nak kongsi info mengenai produk Shaklee yang terbaru iaitu CoQ Health Plus. Kelebihannya bukan sekadar untuk jantung. Ia memberikan lebih dari itu iaitu berkaitan dengan kulit cantik. Haa sebut kulit cantik semua nak baca.. semua berminat kan kan. Sebelum tu kita baca dulu apa itu CoQ10 iaitu salah satu bahan utama produk ini.

CoQ10 ialah nutrien larut lemak semulajadi yang terdapat dalam setiap sel badan. Ia bertanggungjawab menhasilkan tenaga dalam setiap sel. Ia juga merupakan antioksida semulajadi.. CoQ10 membantu menguatkan otot jantung. CoQ10 membantu mencegah  pengoksidaan kolestrol jahat dan CoQ10 juga berfungsi memastikan salur darah fleksibel untuk tekanan darah yang sihat. Dan yang lebih menarik CoQ10  juga membantu membaiki peredaran darah. Ini bermaksud ia membekalkan oksigen dan nutrisi untuk menghasilkan sel baru yang lebih muda. Dalam erti kata lain. CoQ10 membantu kulit lebih cerah dan berseri. CoQ10 juga untuk perlindungan matahari semulajadi, meningkatkan kesuburan dan meningkatkan tenaga lebih2 lagi jika anda mengalami sindrom keletihan yang kronik dan juga mampu untuk meningkatkan keupayaan mental (migrain, sakit kepala dan loya)
   


Tahap CoQ10 semulajadi dalam badan berkurang apabila kita meningkat usia. Sebab tu salah satu alternatif adalah mengambil CoQ Health Plus Shaklee. Ia mengandungi 3 bahan utama iaitu CoQ10, Vitamin E, Green Tea.  Apa yang membezakan CoQ Health Plus dengan produk lain adalah CoQ10 Shaklee adalah daripada yis ekstrak semulajadi sama seperti yang dihasilkan oleh badan. dan Oh ya.. satu lagi. Shaklee memiliki sistem penyerapan yang dipatenkan



Menarik bukan.. Jom mulakan hari dengan pengambilan CoQ Health Plus Shaklee...


Khamis, 25 Julai 2013

PANDUAN PEMAKANAN DAN AKTIVITI YANG BAGUS UNTUK MERANGSANG OTAK ANAK PINTAR


Benarkah anak yang bijak bermula dari dalam rahim ibu dan diawal usia muda anak-anak. Perlukan masa pengorbanan dan usaha kedua ibu bapa. 

Perasankah anda? Mengapa di barat anak mereka lebih bijak.


MAMA SYAKIRA  pernah terbaca  ialah cara  pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya. 

Jangan Tunggu lagi bagi bakal ibu, bermulalah dari sekarang setelah anda tahu anda mengandung. "luntur buluh biarlah dari rebung" 

Di negara barat , ibu sedang mengandung, ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik setiap hari ini melatih otak anak, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak. Menarikkan...sehingga bayi dilahirkan tau, bukan dah besar 6tahun baru nak mengajar... Rugi kita tak cuba dan praktikkkan

Cara Pemakanan pulak sejak awal mengandung mereka  memakan kacang badam dan kurma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan petumbuhan otak anak didalam kandungan. Sebagai kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Mereka gemar memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.


Mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Pemakanan anak dari tadika lagi sudah cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan . Dari  awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Aktiviti Sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Memanah dan menembak dapat melatih otak memberi  fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Aktiviti Ibadah Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk semasa sembahyangkan , ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

PERHATIAN !!!! Jauhkan Rokok / perokok - nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia.
Kesimpulanya, pada pandangan saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa dan  Persiapan awal.

PERASANKAH ANDA . Mereka melatih anak-anak fokus dengan memanah dan menembak, mengamalkan memakan buah-buahan sebelum sebarang hidangan dan tidak merokok. Tidakkah ini semua amalan sunnah Rasulullah saw ? Malang sekali..amalan-amalan sunnah ini hanya dipandang sebelah mata akibatnya jadilah kita bangsa yang tercicir.

TESTIMONI VIVIX SHAKLEE

TESTIMONI VIVIX SHAKLEE..

Vivix Shaklee... "eeee.. mahalnya...!" Mahal ke jika dibandingkan dengan khasiat yang diperolehi? Nak SIHAT or Nak JIMAT? Anda pilih lah sendiri.

Di antara manfaat vivix adalah:


Kat bawah sini saya nak share testimoni daripada pengguna-pengguna Vivix Shaklee.



2.Vivix & Diabetis


1. Vivix & Diabetis, Darah tinggi, Sakit lutut, Asma


3. Vivix & Kayap, Sakit Saraf


4. Vivix & Strok


5. Vivix & Perokok tegar


6. Vivix penambah tenaga


7. Vivix untuk CANTIK



 8. Vivix untuk pesakit kritikal (separa koma, jangkitan kuman, meningitis, tibi, dll)


9. Vivix & darah tinggi


10. Vivix memberikan kesihatan menyeluruh yang lebih baik


11. Vivix untuk kesihatan menyeluruh


12. Vivix untuk masalah hubungan suami isteri


13. Vivix untuk awet muda, berseri-seri & tambah tenaga


14. Vivix untuk kesihatan menyeluruh


15. Vivix merawat pesakit kanser



17. Vivix untuk kesihatan menyeluruh

============================================================
untuk mendapatkanya dengan harga yang istimewa 
sms: 0195716992
fb page : MAMA SYAKIRA


Vivix laris di US & Canada

VIVIX LARIS DI US & CANADA

Jenama produk kesihatan terkenal Shaklee memperkenalkan minuman kesihatan Vivix Botanical Beverage Mix yang menghimpunkan semua kebaikan tumbuhan berkenaan.Malah ia adalah produk terlaris dengan jualan sejuta botol sejak tahun pertama diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.

Vivix adalah kuasa baru menghalang proses penuaan wajah.Kandungan anggur muskat, elderberi, lobak ungu dan polygonum cuspidatum terbukti membantu untuk melawan penyakit serta melambatkan proses penuaan."Kajian yang dijalankan membuktikan kandungan dalam tumbuh-tumbuhan terutama anggur muskat memberi tindak balas melawan agen penuaan. "Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya. 

Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan.Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain.

sumber: Harian Metro



VIVIX : MANFAAT & KEBAIKAN



Vivix : Manfaat & kebaikan

Vivix merupakan produk terunggul Shaklee yang mendapat liputan dan testimoni yang mengkagumkan.




"Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya. 

Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan. Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan beberapa minit untuk dilihat hasilnya.”

Ni pula jadual yang membuat perbandingan antara Vivix, MonaVie, Tahitan Noni dan Xango Juice... cuba anda lihat bagaimana hanya dengan 1 sudu teh(1 serving/day) Vivix mampu membekalkan ORAC* value yang diperlukan tubuh (3000-5000 ORAC).


*Oxygen Radical Absorbance Capacity (ORAC) is a method of measuring antioxidant capacities of different foods


Ahad, 21 Julai 2013

PENJAGAAN SELEPASBERSALIN

PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN




Penjagaan selepas bersalin adalah amat penting.

Ini kerana semasa melahirkan bayi tubuh kita akan banyak kehilangan darah (sebab itulah perempuan memang lebih cepat nampak tua dari lelaki!)

Jika kita mengabaikan penjagaan ketika dalam tempoh berpantang ini, banyak masalah fizikal dan mental yang mungkin berlaku.

Jadi jangan abaikan penjagaan selepas bersalin dan ikuti 7 tips penjagaan bersalin di bawah agar anda kembali sihat dan langsing!

***********************************

1. Bertungku

Jangan sekali-kali kita ambil mudah dengan amalan ini. Bertungku mengecutkan batu merian supaya lemak yang berkumpul di bahagian perut dapat dipecahkan .

Bertungku juga memecahkan darah yang membeku di dalam perut. Di dalam islam sendiri pun amalan ini amat di galakkan kerana ia menjauhkan perasaan murung atau tekanan jiwa.

Cara bertungku amat mudah. Batu sungai di panaskan dalam 15 minit. Selepas itu ambil batu sungai tersebut dan letakkan ia di atas lapisan daun mengkudu (keliling batu di tutupi daun).Balut batu yang berlapik daun mengkudu tadi dengan lapisan kain.

Tuam di sekeliling peranakan, pinggul, buah dada dan seluruh badan. Badan akan terasa hangat dan segar.

2.Berurut

Berurut melancarkan darah dan melegakan sendi-sendi yang sakit semasa melahirkan bayi. Semasa proses kelahiran, kita terpaksa meneran supaya bayi mudah keluar.

Meneran memerlukan kita untuk menolak bayi keluar dan semasa itu kita menggunakan seluruh tenaga yang kita ada. Oleh itu selepas bersalin badan akan terasa begitu lemah dan perlu di pulihkan semula.

Semasa berurut badan akan terasa hangat dan bertenaga semula. Pakailah stokin dan baju panas kerana badan cepat berasa sejuk dan kelihatan sembap dan bengkak terutama sekali di bahagian kaki.

3.Berbengkung atau berbarut

Berbengkung bertujuan untuk memejalkan semula otot-otot badan, perut dan pinggul. Ia juga mengempiskan semula perut yang menggeleber dan mengetatkan peranakan agar tidak jatuh.

Anda perlu berbarut untuk mendapatkan kembali tubuh yang langsing kerana fizikal badan berubah semasa mengandung . Otot menjadi kendur dan perlu ditegangkan semula agar tubuh menjadi kemas dan lansing semula.

Berbarutlah selepas mandi pagi dan setelah di urut. Ulangi semula pada sebelah petang selepas mandi hinggalah pagi keesokkannya.

4. Berpilis

Oleh kerana badan kita banyak kehilangan darah, kita mudah terasa pening dan mudah terkena penyakit meroyan.

Anda boleh buat sendiri bahan berpilis .Caranya, ambil kayu manis dan tumbuk sehingga halus. Campurkan dengan sedikit air dan di sapu di dahi.

Kayu manis tadi boleh anda sediakan sebelum anda bersalin kerana anda tak boleh menumbuk atau menggunakan lesung batu semasa di dalam pantang. Dikhuatiri peranakan boleh turun kerana menggunakan tenaga dan hentakan lesung/ gegaran pada badan.

5.Mandi air rebusan daun.

Air rebusan daun mengembalikan semula kesegaran urat saraf. Anda boleh gunakan daun herba seperi sintok, daun mengkudu, serai wangi dan daun pandan.

Anda juga boleh gunakan pek uncang cucian untuk membasuh luka di faraj untuk di buat air mandian jika sukar untuk mendapatkan daun-daun tersebut.

6.Minum ubat periuk

Ubat periuk atau pun air akar kayu amat baik untuk kesihatan. Ia melancarkan perjalanan darah, menambah tenaga dan menambah khasiat pemakanan.

Ubat periuk juga menyenangkan pembuangan air besar dan mengeluarkan angin di dalam badan.Ia juga menambah seri muka agar muka tidak kelihatan pucat. Sekarang telah ada ubat periuk dalam bentuk uncang dan anda hanya perlu masak air panas dan tuangkan ke dalam uncang seperti minum air teh.

7.Tidur dan rehat secukupnya.

Untuk mengelakkan rasa pening anda perlu dapat rehat yang secukupnyalah. Bila bayi anda tidur anda ambillah kesempatan itu untuk berehat atau melelapkan mata.

Ini kerana kadangkala tidur anda terganggu di waktu malam kerana bayi yang menyusu atau bayi anda meragam. Sebolehnya dapatkanlah seorang pembantu atau minta pasangan anda untuk membantu anda dalam tempoh minggu pertama.


Jika anda mahu lakukan sesuatu kerana rimas rumah anda bersepah, biarkan saja kerana rehat anda adalah lebih penting.

Tidur dan rehat yang cukup dapat mengurangkan tekanan perasaan dan rasa terbeban dengan tanggung jawab yang semakin bertambah.


*************************************************

Sebenarnya tak ada jalan mudah untuk tampil sihat, langsing dan menawan selepas bersalin. Jika anda benar-benar mengikut kaedahberpantang dengan teratur anda juga pasti mendapat hasil yang diidamkan!

Selamat mencuba!

IHSAN : http://www.mysetbersalin.com