Kawalan Berkesan Untuk Diabetis
Apa sebenarnya diabetis?
Seseorang yang mengidap kencing manis sebenarnya tidak mempunyai
insulin yang cukup dalam badan untuk mengawal aras kandungan gula dalam darah.
Atau kemungkinan juga insulin dalam badan tidak mampu berfungsi sebaiknya.
Untuk pengetahuan anda, insulin adalah sejenis hormon yang membantu tisu-tisu
badan menggunakan glukosa dan mengawal aras gula dalam darah ke paras normal.
Apabila aras insulin tidak mencukupi, paras glukosa akan meningkat dalam darah.
Keadaan ini dinamakan Diabetes Mellitus atau kencing manis.
Jenis I dan jenis II Diabetis
Jenis I : Diabetes Mellitus yang
bergantung kepada Insulin (IDDM). Hanya 5-10% sahaja pesakit diabetis menghidap
diabetis Jenis I
Jenis II : Diabetes Mellitus yang
tidak bergantung kepada Insulin (NIDDM)
Apakah tanda penghidap diabetis?
Kebanyakan pengidap diabetis akan mengalami tanda-tanda seperti
berikut:
1. Selalu lapar dan dahaga
2. Kerap membuang air kencing
3. Kekurangan berat badan secara mendadak
4. Penglihatan menjadi kabur
5. Letih dan lesu
Mereka juga mempunyai masalah seperti :
1. Penyakit kulit berterusan
2. Luka lambat sembuh
3. Jangkitan pada system pembuangan air kecil dan kemaluan
4. Kebas kaki
5. Kegatalan tanpa ruam
Rawatan penyakit diabetis
1. Penjagaan diri umum
2. Jagaan kulit
- Mandi setiap hari.
- Keringkan seluruh bahagian tubuh.
- Rawat luka dan calar- jumpa doktor anda jika luka tidak sembuh
selepas 2-3 hari.
3. Jagaan kaki.
- Cuci kaki anda setiap hari.
- Keringkan kaki anda sepenuhnya terutama diantara jari-jari
kaki.
- Periksa kaki anda setiap hari untuk mengesan luka, calar,
kulit menggelembung, melecet atau perubahan warna kaki. Gunakan
cermin jika perlu.
- Potong kuku jari kaki secara lurus melintang .
- Tukar stokin anda setiap hari.
- Jangan berjalan tanpa kasut.
- Selalu pakai kasut yang lembut dan tidak ketat apabila
keluar.
4. Penjagaan Gigi
5. Pemeriksaan mata secara berkala
- Elakkan alkohol
- Berhenti merokok
- Mengawal pemakanan
- Mengawal berat badan
- Kerap bersenam
Shaklee mampu membantu anda
Tiada ulasan:
Catat Ulasan