Khasiat Vitamin E
Sekilas Fakta: Vitamin
E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan
penyakit kardiovaskular. Berdasarkan kajian,vitamin E telah menunjukkan kesan
pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit. Ianya larut lemak yang
disimpan di dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari,
testis, uterus, darah dan otot.Namun,
yang menariknya vitamin E ini ialah, 60-70% darinya akan disingkirkan dari
tubuh setiap hari (tidak semua disimpan dalam badan) dan ia tidak menjadi
toksik seperti vitamin A.Vitamin E dikira dalam unit IU (international
units) yakni 1 IU bersamaan 1mg. Vitamin E terdiri dari 8 komponen dalam 2
kelas utama : tocopherols dan tocotrinols yang terdiri dari komponen2, alpha,
beta, gamma dan delta. Vitamin E yang lengkap sepatutnya mengandungi kesemua 8
komponen tersebut. Alpha tocopherols adalah komponen yang paling aktif, malah
IU dikira berdasarla alpha-tocopherols.
Satu
kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati
bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan
risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.
Khasiat Vitamin E :
· Menjadikan anda nampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang
disebabkan oleh radikal bebas.
Memperbaiki peredaran darah,utk memperbaiki
tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan
penyakit fibrocystic payudara
· Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
· Ia memelihara pembekuan darah yang normal
dan penyembuhan, mengurangkan parut,
mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak,
meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
· Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan
di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.
· Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu
mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata
yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
· Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
· Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita
hamil.
· Merendahkan kadar kolesterol.
· Membantu mencegah kanser.
· Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran
air mani pada sesetengah lelaki.
· Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia
boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan
melalui fasa menopous memerlukan vitamin E.
Sumber makanan Vitamin E: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap,
kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Beras perang, makanan daripada jagung,
telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang
soya, ubi kentang, selada air, dan gandum'
Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan: Mudah radang,penuaan kulit sebelum masa,rambut
gugur,anemia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan