Assalamualaikum kepada semua.
Hari ni just nak berkongsi persoalan
yang sering bermain di dalam pemikiran para pengguna produk kesihatan Shaklee.
Disertakan di bawah ini contoh soalan yang saya terima dari individu tertentu
yang saya sembunyikan identitinya. Sebenarnya, ini juga merupakan salah satu
soalan yang sering ditanya oleh pengedar Shaklee kepada saya kerana mereka
sendiri tiada jawapan apabila ditanya oleh customer mereka mereka yang budiman.
SOALANNYA
Salam puan. Saya terjumpa blog puan
bila cari-cari tentang Shaklee sebagai MLM yang patuh syariah. Terima kasih
atas perkongsian.
Sebelum ni pun saya dah baca-baca
(termasuk garis panduan MLM daripada Ustaz Zaharuddin & JAKIM). cuma nak
yakinkan lagi... sekarang dah tak ragu-ragu lagi pasal tu. Saya pun sebenarnya
pengguna Shaklee, cuma baru jer terbuka hati untuk turut berbisnes.
Saya cuma nak tanya, apa pendapat
puan, bila kita jual Shaklee seolah-seolah tak sokong ekonomi orang Islam/
bumiputra. yer la, sebab Shaklee produk US.
Satu lagi, penjual-penjual Shaklee
ni dilihat macam tak sokong/tak amal makanan-makanan sunnah (kurma, madu,
habatussauda dsb) & lebih menyokong produk US. Itu saja. Terima kasih.
JAWAPANNYA
1. Pertama sekali, terima kasih
kerana sudi mengunjungi blog yang serba ringkas dan kekurangan ini dan syukur alhamdulillah kerana tuan/puan
dapat menghilangkan keraguan dengan bacaan daripada blog saya ini. Terima kasih
sekali lagi.
2. Yang kedua, saya bukanlah
jurucakap yang dilantik oleh Shaklee di Malaysia ini. Jadi jawapan saya adalah
secara general sahaja mengikut pengetahuan dan bidang yang saya pelajari itu
sahaja. Untuk jawapan yang dilengkapi data, sila emel atau hubungi Shaklee
untuk mendapat jawapan yang pasti dari pihak syarikat.
3. Sebenarnya ini bukanlah soalan
yang sukar untuk dijawab, tetapi kerana sifat kebanyakan dari orang Melayu yang
berfikiran negatif, bersikap layu dan mempunyai penyakit dengki yang tak dapat
diubati, maka soalan begini menjadi isu besar kebanyakan daripada kita. Jika
tidak percaya, tanyalah usahawan-usahawan Melayu, ada tak sesiapa yang cuba
menjatuhkan perniagaan mereka? Jika ada, siapakah mereka? Jangan terkejut jika
jawapannya adalah ‘Melayu’ sendiri. Kedengkian orang Melayu sukar sekali
dikawal. TAPI soalan di atas adalah dikecualikan kerana saya yakin persoalan
ini ditanya semata-mata untuk menolak persangkaan orang ramai terhadap produk
Shaklee yang hebat ini.
4. Suka untuk saya bertanya kembali,
siapakah yang mengatakan bahawa para pengedar Shaklee dan penggunanya ‘menolak’
makanan sunnah seumpama madu, habbatus sauda’ dan sebagainya? Saya juga ingin
mengetahui sekiranya ada pengedar Shaklee yang memberi konsaltasi agar
menghentikan penggunaan makanan sunnah dan hanya menumpukan penggunaan produk
Shaklee kerana tidak ada seorang pun yang diajar untuk memberi konsultasi
seumpama itu.
5. Untuk pengetahuan semua, para
pengedar Shaklee sering berkongsi di dalam blog dan FB mereka tentang
resepi-resepi Shaklee dengan menggabungkannya dengan makanan sunnah di atas. Tak
perlu susah payah membelek, hanya rajinkan jari-jari anda menaip di browser
anda tentu anda akan berjumpa dengan pelbagai resepi ‘rahsia’ Shaklee. Hatta
saya sendiri menggunakan resepi ESP yang ditambah madu untuk mendapat kesihatan
optimum. Ibu kepada kawan saya mencampurkan habbatus sauda’ dengan minumn ESP
dengan harapan anaknya cemerlang dalam pembelajarannya. Alhamdulillah, sekarang
sudah 2 bulan berlalu dan anaknya kini semakin cemerlang dalam setiap subjek
yang dipelajarinya.
6. Adakah dengan menggunakan Shaklee
bermaksud kita MENOLAK makanan sunnah? Jika jawapannya ya, maka semua ubatan
kesihatan patut kita minta kerajaan mansuhkan di hospital kerana ubat kimia
hospital adalah jauh lebih ‘haram’ hukumnya digunakan. Bahan kimia di dalam ubat
hospital jauh memberi kesan yang tidak baik kepada badan jika nak dibandingkan
supplement Shaklee yang juga seperti makanan sunnah yang berasal dari sumber
alam semulajadi.
7. Bukankah al-Quran sendiri
menyatakan,”Makanlah makanan yang halal lagi baik”. Jika kita mempelajari ilmu
Islam khususnya ilmu hadis dan al-Quran, nescaya kita dapat fahami bahawa hadis
adalah pentafsir kepada al-Quran. Dalam kes ini hadis menyatakan dengan jelas
makanan-makanan sunnah itu sebagai contoh kepada makanan yang baik dan halal
itu. Maka, apa sahaja yang baik dan halal, nescaya hukumnya adalah harus dari
segi syarak.
8. Adakah jika menggunakan produk
Shaklee bermaksud kita menyokong Amerika?! Tergelak juga saya membaca soalan
ini. Sebabnya bukankah persekitaran kita sekarang hampir keseluruhannya
menggunakan produk keluaran Amerika dan sekutu-sekutunya bermula dari pakaian,
makanan, ubatan klinik dan hospital, perhiasan rumah dan sebagainya. Adakah
salah kita menggunakannya? Kita perlu faham bahawa isu yang sebenarnya adalah
adakah kita menyumbang kepada Amerika dalam menggunakan kuasanya untuk
memerangi Islam? Dalam makluman saya, Shaklee langsung tidak tersenarai sebagai
syarikat yang memberi sumbangan secara langsung atau tidak langsung dalam
membantu Amerika dan sekutunya untuk memusnahkan negara-negara Islam tidak
seperti Mc Donald yang ramai sekali orang Melayu ‘bersantap’ di dalamnya dan
syarikat minuman Coca cola yang ramai juga Melayu menggunakannya. Ringkasnya,
jangan berlaku tidak adil terhadap sesuatu yang jelas. Yang jelas memberi
bantuan untuk membunuh umat Islam, tidak seorang pun berani bangun bersuara,
tetapi bagi yang tidak memberi bantuan secara jelas, banyak pula gosip liar melingkunginya.
9. Jika anda ingin menyokong ekonomi
orang Melayu, memang inilah jalannya. Shaklee telah meletakkan garis perniagaan
yang jelas dan sangat menguntungkan dengan modal serendah RM 75 sahaja dan ada
pula free membership jika memenuhi syarat tertentu. Tidak perlu simpan barang
dan sebagainya. Paling penting, bisnesnya adalah buat jangka masa panjang
kerana bidang kesihatan berkaitan manusia. Ada manusia, adalah pasarannya. Saya
juga merasakan tiada lagi produk kesihatan yang dibuat oleh bumiputera yang
dapat menyaingi produk Shaklee dari segi keberkesanannya dan ujian klinikal
yang telah diuji beratus tahun lamanya. Jika ada yang seumpama itu, saya juga
berminat untuk mengetahuinya.
10. Jangan menyusahkan diri sendiri.
Rasullah SAW bersabda di dalam hadisnya yang mulia,”Islam itu mudah. Jangan
dipersempitkan dan jangan pula menakutkan orang ramai daripadanya”. Bukankah
Islam itu mudah dan tidak menyusahkan umatnya dengan peraturan-peraturan yang
tidak sepatutnya? Mengapa pula kita menyusahkan diri kita dengan perkara yang
tidak sepatutnya?
Semoga penjelasan ini melesaikan pelbagai persoalan yang menyesakkan pemikiran anda sama ada
sebagai pengedar atau pun pengguna Shaklee. Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan