PERHATIAN


Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.


Rabu, 12 Jun 2013

MERANGSANG BABYKETIKA DALAM KANDUNGAN

Merangsang bayi ketika dalam kandungan

Kredit : HyppMama



Merangsang anak di dalam kandungan adalah amat digalakkan kerana ia dipercayai dapat mengeratkan ikatan antara ibu bapa dan anak. Ia juga mampu mencerdaskan otak anak-anak anda. Mungkin ada yang menyangka ia adalah perkara yang sia-sia kerana menyangka anak yang di dalam kandungan tidak mengerti apa-apa. Anggapan itu adalah salah. Jadilah teman yang paling rapat dengan bayi anda.


Berbuallah dengannya, bacakan buku cerita, perdengarkan muzik, perdengarkan bacaan al-Quran dan usaplah dia dengan kasih sayang
 
. Percayalah, hubungan anda dengan bayi anda pasti akan jadi lebih erat apabila ia telah dilahirkan nanti. Ia pasti mengenalpasti suara anda dan anda pasti terpegun dengan hasilnya.


8 cara untuk meransang anak di dalam kandungan:



1. Menjaga emosi agar sentiasa tenang, ceria dan gembira agar anak yang akan dilahirkan nanti akan memiliki sifat-sifat tersebut dan tidak mudah meragam. 
2. Lahirkanlah perasaan rindu menanti kelahiran bayi anda dengan penuh ikhlas dan penuh kasih sayang melalui usapan dan sentuhan lembut. 
3. Berzikir dan membaca ayat-ayat al-Quran seperti surah Yusuf, surah Maryam dan surah Luqman.

4. Perdengarkan beberapa jenis muzik seperti Mozard dan gemelan. 
5. Selalulah berbual-bual dengan bayi anda dengan suara yang lembut. Apabila berbual dengan bayi anda, kenalkan diri anda. Ini adalah penting kerana dia hanya mampu mendengar dan merasa, tetapi masih tidak boleh melihat dunia luar. 

6. Lakukanlah isyarat-isyarat mudah seperti menepuk perut dengan lembut, menggosok persekitaran perut, menggoncang perut perlahan-lahan dan kemudian usap dengan lembut untuk menenangkannya. 
7. Perkenalkan perbezaan suasana terang dan gelap dengan menggunakan lampu picit yang disuluhkan ke perut. lakukan ransangan ini 5 hingga 10 minit. 

8. Jika bayi anda mempunyai abang atau kakak, perkenalkan mereka kepada bayi anda. Ajaklah anak-anda berinteraksi dengan adik mereka. Ajaklah mereka berbual serta menciumnya. Cara ini akan dapat menyemai perasaan kasih sayang di antara mereka adik beradik sejak awal lagi. Sekali gus akan dapat mengelakkan perasaan cemburu si abang atau si kakak terhadap adik mereka bila adik mereka telah dilahirkan nanti. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan