PERHATIAN


Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.


Rabu, 12 Jun 2013

Sokongan SHAKLEE Menjayakan Penyusuan Eksklusif Anda

Assalamualaikum & Salam sejahtera!

Penyusuan susu ibu adalah cara paling sihat untuk memberikan nutrisi terbaik untuk si manja anda. Susu ibu membekalkan nutrien paling lengkap yang diperlukan bayi dengan kebaikan menyeluruh terutamanya untuk kesihatan, pertumbuhan dan perkembangan si manja.

Pelbagai kajian telah membuktikan bayi yang mendapat susu ibu amat jarang didapati mengalami masalah serangan virus di perut, penyakit berkaitan sistem pernafasan dan meningitis. Ini kerana susu ibu mengandungi sel imun semulajadi seperti antibodi yang melindungi bayi dari kuman dan pelbagai penyakit.

Diet yang sihat sangat penting kepada ibu menyusu untuk membantu menghasilkan dan mengekalkan susu ibu yang berkualti dari segi penghasilan dan juga komposisinya. Tidak kurang penting dari itu, diet yang sihat membantu ibu kekal sihat & bertenaga. Berikut adalah nutrien yang disarankan daripada Shaklee untuk memastikan perkembangan sihat bayi disamping pengekalan kesihatan & kecergasan ibu:

Multivitamin - Multi yang Hebat

Multivitamin menyediakan vitamin & mineral penting yang sukar didapati dari diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat disamping menggalakkan kesihatan ibu & bayi yang menyeluruh. Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral pentingyang diperlukan oleh orang dewasa.

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:
• Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*
• Mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
• Kalsium, fosforus dengan vitamin C & D untuk kesihatan tulang & gigi.
• Membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
• Membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.*

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Protein - Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.

Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan & sempurna. Sumber protein yang baik seperti soya di dalam diet dan penyusuan amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian dalam tubuh.

Shaklee ESP:
• Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
• Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
• Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada
keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. 
• Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.


Vitamin C

Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu kepada bayi. Oleh itu menyusui bayi secara eksklusif dapat melindungi bayi anda daripada kekurangan Vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sisitem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat. Bayi yang menyusu lebih kurang dijangkiti penyakit kerana tahap imuniti / pertahanan diri yang baik.

Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian. Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh. Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan

Vitamin B kompleks

Sangat diperlukan oleh ibu & bayi setiap hari bagi menyokong sistem saraf & metabolisme yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya melalui susu mereka.

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik. B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga. Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.


Kalsium


40% daripada susu ibu adalah kalsium, Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat & pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil 1300mg kalsium setiap hari.


Ostematrix Shaklee : Lebih daripada Sekadar Kalsium

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh

Asid Lemak Omega-3

Pengambilan asid lemak omega 3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapatmenggalakkan perkembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan lagi, tidak ramai anak-anak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD) atau autisme.

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

Alfafa

Mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin dan mineral seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink & zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfafa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.

Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi

Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
• Sumber semulajadi alfalfa.
• Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air sebagai minuman herba semulajadi.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini

Shaklee menawarkan rangkaian nutrien yang berkualiti untuk anda. 


Sesuaikan Shaklee dengan peruntukan bajet anda. Hanya yang terbaik untuk anda & si manja. Shaklee untuk semua, tanpa kecuali

     --------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan