PERHATIAN


Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.


Isnin, 1 Julai 2013

KESUBURAN SHAKLEE

 Kesuburan

 Pasangan yang telah berkahwin semestinya inginkan cahayamata sebagai penyeri rumah tangga. Ada yang dimurahkan rezeki, dengan mudah dapat mengandung. Namun ada juga yang diuji oleh yang Maha Esa. Sudah lama mendirikan rumah tangga tapi belum berjaya untuk hamil. Dah bermacam usaha dilakukan baik secara moden atau tradisional, namun belum juga berjaya. Kepada pasangan tersebut, jangan putus asa. Apa kata anda cuba set kesuburan Shaklee yang  terdiri daripada Vitalea, B Complex, Vitamin E , Alfalfa,  GLA & Zinc Complex. Sudah ramai pasangan yang berjaya mendapat cahayamata selepas menggunakan set kesuburan ini. Kali ini saya nak terangkan fungsi vitamin-vitamin di dalam set kesuburan ini.

Vitalea
Ia merupakan multivitamin & multimineral yang membekalkan kesemua mineral yang diperlukan oleh tubuh. Tubuh kita tidak mendapat nutrien yang mencukupi dari diet seharian kita, jadi pengambilan vitalea dapat mengisi kekurangan nutrien yang dihadapi oleh tubuh. Apabila tubuh mempunyai nutrien yang mencukupi, ia akan berfungsi dengan lebih baik & bersedia untuk hamil. Ia perlu diambil oleh suami & isteri bagi memastikan badan sihat. Vitalea memastikan sel badan anda, terutamanya sel benih mempunyai nutrien secukupnya supaya janin anda terbentuk daripada sel yang sihat.

B Complex 
Wanita yang merancang untuk hamil sangat memerlukan B Complex kerana ia mengandungi Asid Folik yang penting dalam pertumbuhan bayi diperingkat awal kehamilan, terutama sekali bagi mengelakkan masalah spina bifida. Untuk suami, B Complex akan memastikan sperma yang dihasilkan adalah berkualiti.  Semasa saya merancang untuk hamil, saya  terus makan B Complex walau pun belum hamil bagi memastikan badan saya kaya dengan Asid Folik.

Vitamin E
Berfungsi menyuburkan organ reproduksi. Untuk suami, ia berfungsi untuk meningkatkan kelelakian, memekatkan air mani & menghasilkan sperma berkualiti yang sihat, aktif & gagah

Alfalfa
Alfalfa mengatasi masalah senggugut, keputihan, hadi tidak teratur, gejala PMS,  berfungsi seperti kacip fatimah & sememangnya vitamin wajib bagi setiap wanita. Pendek kata, alfalfa membantu supaya organ intim anda sentiasa "cantik" untuk suami. Anda boleh KLIK DI SINI untuk mengetahui kebaikan alfalfa Shaklee. 

GLA berfungsi untuk menghasilkan cecair kesuburan  yang memberi ruang kepada sperma untuk hidup di dalam tiub falapio selama 5 hari. Ia membantu sistem peranakan kita supaya bersedia untuk proses persenyawaan & proses implantasi telur yang telah disenyawakan.Ia juga menstabilkan hormon kewanitaan kita supaya badan menghasilkan telur berkualiti setiap bulan & membetulkan kitaran haid supaya  teratur.

Zinc Complex 
Untuk suami: Zinc berfungsi untuk menghasilkan sperma yang sihat & berkualiti supaya dapat hidup lebih lama di dalam uterus isteri.  Ia juga bagi menghasilkan sperma yang kuat & mampu berenang dengan laju dalam proses mencari ovum isteri.

Untuk isteri: Zinc berfungsi melindungi sperma supaya dapat hidup dengan lebih lama di dalam rahim & membunuh bakteria didalam vagina.