PERHATIAN


Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.


Khamis, 25 Julai 2013

PANDUAN PEMAKANAN DAN AKTIVITI YANG BAGUS UNTUK MERANGSANG OTAK ANAK PINTAR


Benarkah anak yang bijak bermula dari dalam rahim ibu dan diawal usia muda anak-anak. Perlukan masa pengorbanan dan usaha kedua ibu bapa. 

Perasankah anda? Mengapa di barat anak mereka lebih bijak.


MAMA SYAKIRA  pernah terbaca  ialah cara  pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya. 

Jangan Tunggu lagi bagi bakal ibu, bermulalah dari sekarang setelah anda tahu anda mengandung. "luntur buluh biarlah dari rebung" 

Di negara barat , ibu sedang mengandung, ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik setiap hari ini melatih otak anak, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak. Menarikkan...sehingga bayi dilahirkan tau, bukan dah besar 6tahun baru nak mengajar... Rugi kita tak cuba dan praktikkkan

Cara Pemakanan pulak sejak awal mengandung mereka  memakan kacang badam dan kurma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan petumbuhan otak anak didalam kandungan. Sebagai kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Mereka gemar memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.


Mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Pemakanan anak dari tadika lagi sudah cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan . Dari  awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Aktiviti Sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Memanah dan menembak dapat melatih otak memberi  fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Aktiviti Ibadah Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk semasa sembahyangkan , ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

PERHATIAN !!!! Jauhkan Rokok / perokok - nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia.
Kesimpulanya, pada pandangan saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa dan  Persiapan awal.

PERASANKAH ANDA . Mereka melatih anak-anak fokus dengan memanah dan menembak, mengamalkan memakan buah-buahan sebelum sebarang hidangan dan tidak merokok. Tidakkah ini semua amalan sunnah Rasulullah saw ? Malang sekali..amalan-amalan sunnah ini hanya dipandang sebelah mata akibatnya jadilah kita bangsa yang tercicir.

TESTIMONI VIVIX SHAKLEE

TESTIMONI VIVIX SHAKLEE..

Vivix Shaklee... "eeee.. mahalnya...!" Mahal ke jika dibandingkan dengan khasiat yang diperolehi? Nak SIHAT or Nak JIMAT? Anda pilih lah sendiri.

Di antara manfaat vivix adalah:


Kat bawah sini saya nak share testimoni daripada pengguna-pengguna Vivix Shaklee.



2.Vivix & Diabetis


1. Vivix & Diabetis, Darah tinggi, Sakit lutut, Asma


3. Vivix & Kayap, Sakit Saraf


4. Vivix & Strok


5. Vivix & Perokok tegar


6. Vivix penambah tenaga


7. Vivix untuk CANTIK



 8. Vivix untuk pesakit kritikal (separa koma, jangkitan kuman, meningitis, tibi, dll)


9. Vivix & darah tinggi


10. Vivix memberikan kesihatan menyeluruh yang lebih baik


11. Vivix untuk kesihatan menyeluruh


12. Vivix untuk masalah hubungan suami isteri


13. Vivix untuk awet muda, berseri-seri & tambah tenaga


14. Vivix untuk kesihatan menyeluruh


15. Vivix merawat pesakit kanser



17. Vivix untuk kesihatan menyeluruh

============================================================
untuk mendapatkanya dengan harga yang istimewa 
sms: 0195716992
fb page : MAMA SYAKIRA


Vivix laris di US & Canada

VIVIX LARIS DI US & CANADA

Jenama produk kesihatan terkenal Shaklee memperkenalkan minuman kesihatan Vivix Botanical Beverage Mix yang menghimpunkan semua kebaikan tumbuhan berkenaan.Malah ia adalah produk terlaris dengan jualan sejuta botol sejak tahun pertama diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.

Vivix adalah kuasa baru menghalang proses penuaan wajah.Kandungan anggur muskat, elderberi, lobak ungu dan polygonum cuspidatum terbukti membantu untuk melawan penyakit serta melambatkan proses penuaan."Kajian yang dijalankan membuktikan kandungan dalam tumbuh-tumbuhan terutama anggur muskat memberi tindak balas melawan agen penuaan. "Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya. 

Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan.Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain.

sumber: Harian Metro



VIVIX : MANFAAT & KEBAIKAN



Vivix : Manfaat & kebaikan

Vivix merupakan produk terunggul Shaklee yang mendapat liputan dan testimoni yang mengkagumkan.




"Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merahVivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya. 

Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan. Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan beberapa minit untuk dilihat hasilnya.”

Ni pula jadual yang membuat perbandingan antara Vivix, MonaVie, Tahitan Noni dan Xango Juice... cuba anda lihat bagaimana hanya dengan 1 sudu teh(1 serving/day) Vivix mampu membekalkan ORAC* value yang diperlukan tubuh (3000-5000 ORAC).


*Oxygen Radical Absorbance Capacity (ORAC) is a method of measuring antioxidant capacities of different foods


Ahad, 21 Julai 2013

PENJAGAAN SELEPASBERSALIN

PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN




Penjagaan selepas bersalin adalah amat penting.

Ini kerana semasa melahirkan bayi tubuh kita akan banyak kehilangan darah (sebab itulah perempuan memang lebih cepat nampak tua dari lelaki!)

Jika kita mengabaikan penjagaan ketika dalam tempoh berpantang ini, banyak masalah fizikal dan mental yang mungkin berlaku.

Jadi jangan abaikan penjagaan selepas bersalin dan ikuti 7 tips penjagaan bersalin di bawah agar anda kembali sihat dan langsing!

***********************************

1. Bertungku

Jangan sekali-kali kita ambil mudah dengan amalan ini. Bertungku mengecutkan batu merian supaya lemak yang berkumpul di bahagian perut dapat dipecahkan .

Bertungku juga memecahkan darah yang membeku di dalam perut. Di dalam islam sendiri pun amalan ini amat di galakkan kerana ia menjauhkan perasaan murung atau tekanan jiwa.

Cara bertungku amat mudah. Batu sungai di panaskan dalam 15 minit. Selepas itu ambil batu sungai tersebut dan letakkan ia di atas lapisan daun mengkudu (keliling batu di tutupi daun).Balut batu yang berlapik daun mengkudu tadi dengan lapisan kain.

Tuam di sekeliling peranakan, pinggul, buah dada dan seluruh badan. Badan akan terasa hangat dan segar.

2.Berurut

Berurut melancarkan darah dan melegakan sendi-sendi yang sakit semasa melahirkan bayi. Semasa proses kelahiran, kita terpaksa meneran supaya bayi mudah keluar.

Meneran memerlukan kita untuk menolak bayi keluar dan semasa itu kita menggunakan seluruh tenaga yang kita ada. Oleh itu selepas bersalin badan akan terasa begitu lemah dan perlu di pulihkan semula.

Semasa berurut badan akan terasa hangat dan bertenaga semula. Pakailah stokin dan baju panas kerana badan cepat berasa sejuk dan kelihatan sembap dan bengkak terutama sekali di bahagian kaki.

3.Berbengkung atau berbarut

Berbengkung bertujuan untuk memejalkan semula otot-otot badan, perut dan pinggul. Ia juga mengempiskan semula perut yang menggeleber dan mengetatkan peranakan agar tidak jatuh.

Anda perlu berbarut untuk mendapatkan kembali tubuh yang langsing kerana fizikal badan berubah semasa mengandung . Otot menjadi kendur dan perlu ditegangkan semula agar tubuh menjadi kemas dan lansing semula.

Berbarutlah selepas mandi pagi dan setelah di urut. Ulangi semula pada sebelah petang selepas mandi hinggalah pagi keesokkannya.

4. Berpilis

Oleh kerana badan kita banyak kehilangan darah, kita mudah terasa pening dan mudah terkena penyakit meroyan.

Anda boleh buat sendiri bahan berpilis .Caranya, ambil kayu manis dan tumbuk sehingga halus. Campurkan dengan sedikit air dan di sapu di dahi.

Kayu manis tadi boleh anda sediakan sebelum anda bersalin kerana anda tak boleh menumbuk atau menggunakan lesung batu semasa di dalam pantang. Dikhuatiri peranakan boleh turun kerana menggunakan tenaga dan hentakan lesung/ gegaran pada badan.

5.Mandi air rebusan daun.

Air rebusan daun mengembalikan semula kesegaran urat saraf. Anda boleh gunakan daun herba seperi sintok, daun mengkudu, serai wangi dan daun pandan.

Anda juga boleh gunakan pek uncang cucian untuk membasuh luka di faraj untuk di buat air mandian jika sukar untuk mendapatkan daun-daun tersebut.

6.Minum ubat periuk

Ubat periuk atau pun air akar kayu amat baik untuk kesihatan. Ia melancarkan perjalanan darah, menambah tenaga dan menambah khasiat pemakanan.

Ubat periuk juga menyenangkan pembuangan air besar dan mengeluarkan angin di dalam badan.Ia juga menambah seri muka agar muka tidak kelihatan pucat. Sekarang telah ada ubat periuk dalam bentuk uncang dan anda hanya perlu masak air panas dan tuangkan ke dalam uncang seperti minum air teh.

7.Tidur dan rehat secukupnya.

Untuk mengelakkan rasa pening anda perlu dapat rehat yang secukupnyalah. Bila bayi anda tidur anda ambillah kesempatan itu untuk berehat atau melelapkan mata.

Ini kerana kadangkala tidur anda terganggu di waktu malam kerana bayi yang menyusu atau bayi anda meragam. Sebolehnya dapatkanlah seorang pembantu atau minta pasangan anda untuk membantu anda dalam tempoh minggu pertama.


Jika anda mahu lakukan sesuatu kerana rimas rumah anda bersepah, biarkan saja kerana rehat anda adalah lebih penting.

Tidur dan rehat yang cukup dapat mengurangkan tekanan perasaan dan rasa terbeban dengan tanggung jawab yang semakin bertambah.


*************************************************

Sebenarnya tak ada jalan mudah untuk tampil sihat, langsing dan menawan selepas bersalin. Jika anda benar-benar mengikut kaedahberpantang dengan teratur anda juga pasti mendapat hasil yang diidamkan!

Selamat mencuba!

IHSAN : http://www.mysetbersalin.com

Khamis, 11 Julai 2013

Susu Ibu: Memberi Bayi Anda Yang Terbaik


Jom ibu-ibu kita tengok apa kata pakar pemakanan oleh Prof Madya Dr Poh Bee Koon


Susu ibu adalah makanan yang sempurna. Ia membekalkan tenaga dan nutrien dalam kadar yang tepat untuk bayi anda membesar. Jika si bayi menerima susu ibu yang mencukupi, dia tidak memerlukan makanan tambahan (ataupun air) sehingga berumur 6 bulan, apabila dia sudah bersedia mengambil makanan pejal. Walaupun selepas itu, teruskanlah memberinya susu ibu sehingga berumur 2 tahun. Susu ibu adalah makanan asas yang terbaik untuk bayi anda.

Kebaikan Penyusuan Ibu

# Untuk Bayi

-Susu ibu membekalkan bayi dengan tenaga, lemak, karbohidrat, protein, vitamin & mineral yang diperlukan sehingga dia diberikan makanan pejal.

-Kolostrum, susu kekuningan yang dihasilkan pada permulaan penyusuan, adalah kaya dengan antibodi yang boleh melindungi bayi anda daripada dijangkiti penyakit.

-Susu ibu juga mengandungi sel limfosit dan makrofaj yang mencegah pertumbuhan bakteria, serta bifidus untuk mengekalkan persekitaran sihat dalam usus bayi.

-Asid lemak dalam susu ibu adalah penting untuk pertumbuhan mental dan sistem saraf bayi.

# Untuk Anda

-Anda boleh menggunakan sebanyak 500 kalori dalam sehari. Ini membantu anda mengurangkan berat badan berlebihan selepas bersalin.

-Penyusuan ibu juga dapat membantu mengecutkan rahim anda supaya kembali pada saiz yang biasa.


# Untuk anda dan bayi anda

-Penyusuan membolehkan bayi anda merasakan keselesaan tubuh badan anda. Bagi anda, ini adalah masa yang tepat untuk menikmati kemesraan antara anda dengan bayi anda. Semasa menyusu bayi, usapnya dan bercakap kepadanya dengan nada yang perlahan dan lembut. Ini akan merupakan pengalaman yang istimewa yang boleh menjalinkan hubungan antara ibu dan bayi selamanya.


Tip-Tip Penyusuan Yang Berkesan

-Makan makanan yang pelbagai dan seimbang untuk membolehkan badan anda terus menghasilkan susu ibu.

-Berhenti membuat kerja dan cuba duduk dengan selesa selama beberapa minit bagi menenangkan diri anda sebelum menyusu. Anda akan dapat menyusu dengan lebih baik jika anda lebih bertenang.

-Berikan masa yang secukupnya untuk bayi menghisap susu.

-Dapatkan bantuan daripada suami, saudara-mara atau pembantu rumah untuk menguruskan kerja-kerja rumah supaya tidak diganggu semasa menyusu.

-Janganlah menolak buah dada ke dalam mulut si bayi, biarkan dia sendiri yang berbuat demikian.

-Pastikan mulut bayi menutup kawasan ‘areola’ (kawasan coklat sekitar puting) supaya dia tidak hanya menghisap puting.

-Apabila menyusu, selang-selikan payudara yang dihisap oleh bayi. Contohnya, semasa penyusuan pertama bayi mula menghisap susu dari payudara kanan sehingga kosong dan kemudian menghisap susu dari payudara kiri. Pada penyusuan yang berikutnya, anda sepatutnya bermula dengan payudara kiri dahulu dan kemudiannya mengulang proses yang sama.

-Susukan bayi mengikut keperluannya, lebih kerap anda menyusukannya, lebih banyak susu yang dihasilkan.

-Susukan bayi juga apabila anda menghidapi selsema kerana bayi tidak mungkin akan terdedah kepada jangkitan penyakit.

-Belajar memerah susu (dengan tangan atau peralatan) beberapa minggu sebelum mula bekerja dan mula memberi susu anda kepada bayi dengan menggunakan botol atau sudu.

-Apabila anda sudah mula bekerja, aturkan tempat dan masa peribadi untuk mengeluarkan susu beberapa kali sehari. Simpan susu anda di dalam botol dan kemudian di dalam beg. Minta kebenaran menggunakan peti sejuk di tempat kerja. Janganlah bimbang jika tiada peti sejuk di tempat kerja anda kerana susu ibu boleh disimpan sehingga 8 jam pada suhu bilik apabila ditutup dengan ketat di dalam botol.

-Jika anda mengalami masalah menghasilkan susu ibu atau menghadapi masalah semasa menyusu, janganlah rasa bersalah atau berputus asa. Anda cuma memerlukan sokongan dan nasihat. Berjumpalah dengan doktor atau jururawat laktasi.



Feel free to Like & Share

Isnin, 1 Julai 2013

KESUBURAN SHAKLEE

 Kesuburan

 Pasangan yang telah berkahwin semestinya inginkan cahayamata sebagai penyeri rumah tangga. Ada yang dimurahkan rezeki, dengan mudah dapat mengandung. Namun ada juga yang diuji oleh yang Maha Esa. Sudah lama mendirikan rumah tangga tapi belum berjaya untuk hamil. Dah bermacam usaha dilakukan baik secara moden atau tradisional, namun belum juga berjaya. Kepada pasangan tersebut, jangan putus asa. Apa kata anda cuba set kesuburan Shaklee yang  terdiri daripada Vitalea, B Complex, Vitamin E , Alfalfa,  GLA & Zinc Complex. Sudah ramai pasangan yang berjaya mendapat cahayamata selepas menggunakan set kesuburan ini. Kali ini saya nak terangkan fungsi vitamin-vitamin di dalam set kesuburan ini.

Vitalea
Ia merupakan multivitamin & multimineral yang membekalkan kesemua mineral yang diperlukan oleh tubuh. Tubuh kita tidak mendapat nutrien yang mencukupi dari diet seharian kita, jadi pengambilan vitalea dapat mengisi kekurangan nutrien yang dihadapi oleh tubuh. Apabila tubuh mempunyai nutrien yang mencukupi, ia akan berfungsi dengan lebih baik & bersedia untuk hamil. Ia perlu diambil oleh suami & isteri bagi memastikan badan sihat. Vitalea memastikan sel badan anda, terutamanya sel benih mempunyai nutrien secukupnya supaya janin anda terbentuk daripada sel yang sihat.

B Complex 
Wanita yang merancang untuk hamil sangat memerlukan B Complex kerana ia mengandungi Asid Folik yang penting dalam pertumbuhan bayi diperingkat awal kehamilan, terutama sekali bagi mengelakkan masalah spina bifida. Untuk suami, B Complex akan memastikan sperma yang dihasilkan adalah berkualiti.  Semasa saya merancang untuk hamil, saya  terus makan B Complex walau pun belum hamil bagi memastikan badan saya kaya dengan Asid Folik.

Vitamin E
Berfungsi menyuburkan organ reproduksi. Untuk suami, ia berfungsi untuk meningkatkan kelelakian, memekatkan air mani & menghasilkan sperma berkualiti yang sihat, aktif & gagah

Alfalfa
Alfalfa mengatasi masalah senggugut, keputihan, hadi tidak teratur, gejala PMS,  berfungsi seperti kacip fatimah & sememangnya vitamin wajib bagi setiap wanita. Pendek kata, alfalfa membantu supaya organ intim anda sentiasa "cantik" untuk suami. Anda boleh KLIK DI SINI untuk mengetahui kebaikan alfalfa Shaklee. 

GLA berfungsi untuk menghasilkan cecair kesuburan  yang memberi ruang kepada sperma untuk hidup di dalam tiub falapio selama 5 hari. Ia membantu sistem peranakan kita supaya bersedia untuk proses persenyawaan & proses implantasi telur yang telah disenyawakan.Ia juga menstabilkan hormon kewanitaan kita supaya badan menghasilkan telur berkualiti setiap bulan & membetulkan kitaran haid supaya  teratur.

Zinc Complex 
Untuk suami: Zinc berfungsi untuk menghasilkan sperma yang sihat & berkualiti supaya dapat hidup lebih lama di dalam uterus isteri.  Ia juga bagi menghasilkan sperma yang kuat & mampu berenang dengan laju dalam proses mencari ovum isteri.

Untuk isteri: Zinc berfungsi melindungi sperma supaya dapat hidup dengan lebih lama di dalam rahim & membunuh bakteria didalam vagina.


STABILKAN HORMON KEWANITAAN ANDA

Tips Kehamilan: Stabilkan Hormon Kewanitaan Anda

Hari ni saya nak share satu tips untuk mudah mengandung: stabilkan hormon kewanitaan anda. Sebab itu jika anda ingin mengandung, saya sarankan anda untuk mengambil GLA Complex Shaklee KLIK yang berfungsi untuk menstabilkan hormon kewanitaan dalam badan anda supaya menghasilkan telur berkuali setiap bulan.  Apakah hormon kewanitaan? Hormon kewanitaan ialah hormon Estrogen & progesterone. Apa itu hormon estrogen & progesterone? Apakah fungsi hormon-hormon tersebut untuk memudahkan anda hamil?

Estrogen adalah sebuah kumpulan hormon yang memainkan peranan penting dalam pembangunan seksual normal dan organ reproduktif seorang wanita. Estrogen juga dipanggil hormon seks. Ovari wanita menghasilkan kebanyakan hormon estrogen, walaupun kelenjar-kelenjar adrenal turut mengeluarkan sejumlah kecil hormon tersebut.


Estrogen berfungsi untuk mengatur kitaran haid,  menjaga sistem reproduksi, saluran kencing, hati dan urat darah, tulang-tulang, buah dada, kulit, rambut, membran berlendir, otot-otot pelvik dan otak seorang wanita.Apabila seorang wanita akil baligh, hormon estrogen dalam badan wanita tersebut meningkat & menyebabkan pertumbuhan ciri-ciri seksual yang sekunder seperti bulu pubis dan bulu ketiak yang mula membiak. Estrogen digunakan sebagai sebahagian daripada beberapa oral kontraseptif, dalam terapi penggantian estrogen wanita lepas menopaus, dan dalam terapi hormon untuk wanita transeksual. 
Progesterone adalah hormon paling penting bagi wanita yang ingin hamil atau ingin mengekalkan kehamilan. Pengeluaran progesteron meningkat selepas ovulasi di tengah-tengah kitaran wanita untuk menyediakan lapisan rahim untuk menerima dan menyuburkan telur disenyawakan sehingga dapat berkembang menjadi janin.  Jika persenyawaan tidak berlaku, estrogen dan progesteron tahap jatuh mendadak, lapisan rahim akan rosak dan haid berlaku.

GLA Complex stabilkan hormon


Sekiranya persenyawaan berlaku, estrogen dan progesteron bekerja bersama-sama untuk mencegah ovulasi tambahan semasa mengandung. Pil kawalan kelahiran (pil perancang) mengambil kesempatan daripada kesan ini dengan mengawal paras hormon. Mereka juga menyebabkan penghasilan lapisan rahim yang sangat nipis, yang dipanggil endometrium, yang tidak cukup untuk telur disenyawakan. Tambahan, mereka menebalkan mukus pangkal rahim untuk menghalang sperma dari memasuki serviks dan mensenyawakan telur.

Peranan PROGESTERON
--> Mengelakkan kelahiran
--> Memainkan peranan dalam nafsu 
--> Membantu teraturkan kitaran haid.

Simptom ketidakseimbangan hormon adalah:
  • Panas badan
  • Murung dan letih
  • Kitaran haid yang tidak teratur
  • Kekeringan faraj
  • Rambut gugur dan pertumbuhan rambut di muka
  • Sakit kepala dan pening
  • Kurang keinginan seks
  • Endometriosis
  • Osteoporosis
  • Masalah haid
  • Jangkitan saluran kencing dan kencing tidak terkawal
  • Tumor payudara
  • Berat badan bertambah, edema dan kembung perut
Oleh itu, jika anda mempunyai simptom di atas & ingin hamil, saya sarankan anda untuk mengambil GLA Complex Shaklee KLIK untuk menstabilkan hormon kewanitaan anda. Untuk mendapatkan kesan yang optimum, adalah lebih baik jika anda mengambil Set Kesuburan Shaklee KLIK yang telah membantu ramai wanita untuk hamil.

Hubungi saya untuk mendapatkan vitamin Shaklee anda dengan harga istimewa.

SYAKIRAH - 0195716992

FUNGSI MENINGKATKAN KESUBURAN WANITA

GLA Complex Shaklee: Fungsi Meningkatkan Kesuburan Wanita

GLA Complex shaklee berfungsi untuk meningkatkan kesuburan wanita. Secara umumnya,GLA COMPLEX menstabilkan hormon kewanitaan dalam badan kita supaya menghasilkan telur yang berkualiti setiap bulan. Bila kita bertelur setiap bulan, maknanya kita subur. Telur yang berkualiti juga memberi jaminan bahawa proses persenyawaan akan berlaku dengan baik & menghasilkan janin yang sempurna. Apakah fungsi GLA Complex Shaklee dalam meningkatkan kesuburan wanita?

Mengawal selia estrogen dan testosteron 
GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita dalam badan seseorang. Apabila hormon dalam badan berada dalam keadaan yang seimbang, tahap kesuburan juga akan meningkat.KLIK sini untuk maklumat lanjut bagaimana hormon yang seimbang meningkatkan tahap kesuburan anda.

Menghilangkan simptom PMS 
Rimas dengan simptom PMS seperti senggugut, mood swing, sakit pinggang, kembung, retensi air dan sakit pada  payudara? Anda boleh ambil set senggugut shaklee yang terdiri daripada GLA, Ostematrix & B Complex. GLA  membantu dalam melegakan kesakitan dan period cramp. 

GLA shaklee untuk kesuburan

Melambatkan menopous 
Benar! GLA Complex membantu melambatkan menopous & mengurangkan simptom menopous. 

Membantu proses kehamilan
GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih yang  membantu sperma untuk berenang didalam rahim anda sehingga bertemu sel ovum, dan seterusnya berlakunya persenyawaan. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau anda terlepas hari subur pun masih ada peluang sebab sperma yang hidup masih ada dalam badan anda.

Hebat kan GLA Shaklee? Kalau anda nak kesan yang lebih optimum, saya sarankan supaya anda mengambil set kesuburan shaklee yang sememangnya telah berjaya membantu ramai pasangan untuk hamil. Hubungi saya untuk mendapatkan vitamin Shaklee pilihan anda.

GLA COMPLEX SHAKLEE

GLA Complex Shaklee

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. GLA (asid linolenik gama) berfungsi menstabilkan hormon didalam tubuh badan kita. . GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Sementara vitamin E membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

Di antara fungsi utama GLA ialah meningkatkan kesuburan wanita. Selain itu, ia juga berfungsi untuk:


  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri 
  • Membantu menangani ekzema 
  • Membaiki sel rosak,
  • Membina sel baru,  
  • melembabkan kulit
  • Mencegah asma 
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan (bagus utk mereka yg ingin cuba hamil)
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopous
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf
  • Membantu membaiki simptom berkaitan masalah kencing manis seperti peningkatan sensitiviti terhadap kesakitan dan menghilangkan kebas pada bahagian bawah badan. Kajian membuktikan pengambilan 480mg setiap hari GLA boleh mencegah  dan mengurangkan masalah kencing manis dengan membaiki kadar insulin dan kolesterol.
GLA adalah vitamin yang sesuai diambil oleh pasangan yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat memandangkan ianya berfungsi untuk membetulkan kitaran haid wanita. Selain itu GLA adalah vitamin terbaik untuk pesakit-pesakit berikut:
  • Kencing Manis - Pesakit kencing manis tidak boleh menukar GLA dari asid linoleic. Suplemen GLA memperbaiki fungsi saraf dan boleh mencegah penyakit saraf kencing manis
  • Arthritis - GLA boleh menghilangkan sakit sendi, bengkak dan kekejangan pada waktu pagi. Kajian menunjukkan bahawa menggunakan GLA dan EPA (asid lemak omega-3 daripada ikan dan minyak ikan) bersama-sama akan membantu untuk arthirtis reumatoid
  • Payudara fibrocystic
  • Osteoporosis - kekurangan asid lemak perlu (termasuk GLA dan EPA, asid lemak omega-3) boleh menyebabkan osteoporosis. Kajian telah menunjukkan bahawa tambahan GLA dan EPA bersama-sama membantu mengekalkan atau meningkatkan jisim tulang. Asid lemak juga boleh meningkatkan penyerapan kalsium, meningkatkan deposit kalsium dalam tulang, mengurangkan kehilangan kalsium dalam air kencing, meningkatkan kekuatan tulang dan meningkatkan pertumbuhan tulang semua yang boleh menyumbang kepada jisim tulang yang lebih baik.
  • PMS - Sesetangah wanita mendapati gejal-gejala PMS mereka menjadi lega apabila menggunakan GLA. Gejala ini seperti sakit payudara dan perasaan kemurungan serta kerengsaan dan pembengkakan rahin.
  • Alahan - Orang yang terdedah kepada alahan mungkin memerlukan lebih banyak EFA dan sering menghadapi kesukaran menukar LA kepada GLA. Malah, wanita dan bayi yang terdedah kepada alahan kelihatan mempunyai tahap yang lebih rendah GLA di dalam susu ibu dan darah.
  • Attention Deficit / Hyperactivity Disorder (ADHD)
  • Ketagihan alkohol - GLA boleh membantu mengurangkan keinginan untuk meminum arak dan mencegah kerosakan hati.
  • Kanser
  • Tekanan darah tinggi dan penyakit jantung - Kajian menunjukkan bahawa GLA, samada bersendirian atau dalam gabungan dengan dua omega-3 asid lemak penting, EPA dan DHA kedua-dua ditemuidalam ikan dan minyak ikan, boleh merendahkan tekanan darah dan hipertensi. Bersama dengan EPA dan DHA, GLA membantu untuk mencegah perkembangan penyakit jantung.
  • Ulser